Tuntutan Menghayati Sunnah Rasulullah SAW

Pendahuluan

Ada dua sumber utama ajaran Islam, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. As-sunnah sebagai sumber ilmu pengetahuan dan peradaban
.
Al-Quran dan As-Sunnah merupakan pedoman hidup umat Islam. Dalam pengertian yang lain Al-Quran merupakan pedoman dasar dan As-Sunnah adalah pedoman keteladanan bagi umat. Dengan mengambilnya sebagai pedoman hidup maka pastinya Allah SWT. menjanjikan kebahagiaan di dunia dan diakhirat.

Penghidupan harmoni, bersih dari sebarang kacau bilau, pertelingkahan dan prasangka antara satu sama lain menjadi idaman setiap insan

Penghidupan harmoni bukan impian kosong yang sukar dicapai. Setiap orang mampu mengecap nikmat ini. Bagaimanapun ia memerlukan sedikit pengorbanan dari setiap insan untuk menhghayati prinsip prinsip hidup yang asas. Ini adalah perlu untuk menjana penghidupan harmoni tersebut.

Bagi umat Islam, prinsip prinsip asas tersebut telah pun sedia terhidang dalam ajaran & prinsip akhlak Islam. Bahkan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. telah mempraktikannya. Dalam kehidupan baginda sifat sifat terpuji menjadi amalan hariannya.

Ia mestilah dicontohi oleh manusia muslim. Rasulullah SAW. adalah contoh terbaik yang boleh diikuti oleh semua insan. Ini adalah kerana Baginda insane teristemewa yang terpilih untuk menunjuk jalan atau cara hidup yang terbaik samada kepada orang muslim atau tidak. Dalam urusan kehidipan seharian ia boleh dimanfaatkan oleh orang orang bukan Islam.

Pengertian Sunnah

Sunnah nabi adalah teladan yang dicontohkan Rasulullah SAW. bagi segenap umat Islam. Didalamnya terkandung segala pertuturan dan tingkahlaku serta berbagai ketentuan pokok yang harus dilaksanakan oleh setiap muslim didalam mengharungi kehidupannya.

Sunnah seperti yang difahami oleh ilmu Islam, (Dr. Yusof Qardhawi 1998:85) iaitu perkataan, perbuatan & persetujuan yang diriwayatkan telah dilakukan oleh Nabi SAW.. Para sahabat memahaminya sebagai apa yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW. tentang perkara perkara amaliah yang harus diikuti oleh umat Islam. Pengertian asalnya bermakna jalan yang diikuti. Sunnah juga mermaksud perbuatan rasulullah SAW. yang harus diikuti dan dijadikan landasan syar’iah.

Sunnah bermaksud dari segi bahasanya ialah cara, perlakuan, kebiasaan atau peraturan. (1. Doi, 1995 : 62) Disisi fuqaha’ sunnah ialah sesuatu yang tidak wajib dalam ibadah. Pada istilah, sunnah ialah setiap perkara yang datang dari Rasulullah SAW. berupa dalil dalil syar’iyah yang bukan al_quran dan bukan mu’jizat. Dalam erti kata yang lain sunnah dimaksudkan sebagai perkataan & pengakuan Rasulullah SAW. (Zulhayli, 1986: 450).

Sunnah perkataan atau sunnah qawliyah ialah sabda Rasulullah SAW. yang disampaikan dalam berbagai tujuan dan kejadian. Sabda Rasulullah SAW “tidak ada kemudharatan dan tidak pula memudharatkan”. (Riwayat Malik. ) Ini adalah suatu pesanan Rasulullah SAW.. kepada manusia supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh membahayakan dirinya dan orang lain.

Sunnah fi’liyah ialah perbuatan yang berupa tindakan Rasulullah SAW. sebagai rasul. Misalnya perbuatan Rasulullah SAW. mengerjakan sembahyang lima waktu dengan menyempurnakan cara cara, syarat syarat dan rukun rukunnya. Dalam hal mengerjakan ibadah haji, memutuskan pengadilan sesuatu kes berdasarkan saksi dan perbuatan.

Sunnah taqririyah ialah perkataan atau perbuatan sahabat yang dipersetujui oleh Rasulullah SAW. melalui perkataannya atau dengan cara Rasulullah SAW. mendiamkan diri terhadap sesuatu tundakan atau perbuatan sahabatnya. Persetujuan beliau terhadap perbuatan sahanat dianggap sebagai perbuatan yang dilakukan olehnya sendiri. Contohnya Imam Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya bahawa Nabi SAW. mengutuskan Abu Hurairah untuk memberi khabar gembira dengan syurga kepada setiap orang yang dijumpainya yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah SWT. sepenuh keyakinan dalam harinya. Baginda memberikan sepasang sandalnya kepada Abu Hurairah sebagai bukti penguat kebenarannya. Abu Hurairah lalu bertemu Umar. Umar pun menyangkalnya dan memukul dengan tanganya. Abu Hurairah pun jatuh lalu kembali kepada Rasulullah SAW. untuk mengadukan perbuatan Umar. Umar pun dating dan berkata, ” Wahai rasulullah! Demi ayah-ibuku. Apakah engkau mengutus Abu Hurairah dengan sepasang sandalmu? Dia memberikan khabar gembira kepada setiap orang yang ditemuinya dengan syurga asalkan dia bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah?’ Beliau menjawab, “Ya. ” Umar berkata, “Kalau begitu, jangan lakukan itu. Kerana sesungguhnya aku ini takut kalau orang orang hanya mengandalkan laa ilaaha illallaah. Biarkanlah mereka beramal. ” Rasulullah SAW. berkata, “Kalau begitu biarkan mereka beramal. ”

Begitulah Nabi SAW. menarik keputusannya yang pertama kerana menganggap masukan Umar lebih baik, kerana terkadang orang-orang memahami secara keliru berita gembira ini. Mereka akhirnya hanya mengandalkan syahadat saja, dan meremehkan amal. Oleh itu baginda mengambil pendapat Umar.
Dalam hadis ini nabi SAW. mengambil pendapat orang lain yang berbeza. Bahkan kalau perlu, kita mengambil pendapat itu apabila nyata manfaat dan kebenarannya bagi kita. persetujuan beliau terhadap perbuatan sahabatnya dianggap sebagai perbuatannya sendiri.

Klasifikasi Sunnah

Menurut Syekh Mahmud Syaltut (Dr. Yusof Qardhawi 1998:71) Ia mengambil pendapat ad-Dahlawi, Rasyid Ridla, al-Qarafi dan ulama lainnya dan mengklasifikasikan sunnah kepada sunnah yang mengandungi syari’ah dan yang tidak. Beliau juga memerhatikan sabda, perbuatan & persetujuan yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW. menjadi beberapa bahagian: i) Sunnah yang berkaitan dengan kehendak manusia seperti makan, minum, tidur, berjalan, menyelesaikan perselisihan antara dua orang, memberi pertolongan & menjalankan transaksi jual beli. ii) Summah yang berkaitan dengan pengalaman & kebiasaan individual atau mesyarakat seperti dalam bercocok tanam, pengobatan & pakaian. iii) Sunnah mengenai strategi kemanusiaan seperti penyediaan tentera dalam medan peperangan & cara pengendalian & pembahagian tugas tugas.

Seluruh sunnah yang berkaitan dengan tiga jenis yang diatas ini, tidak termasuk syar’iat yang harus dikerjakan atau ditinggalkan. Ini kerana hal itu hanyalah perbuatan manusia
yang tidak harus disyar’iatkan serta dijadikan landasan syar’iat.

iv) Sunnah yang mengandungi syar’iat yang terbahagi kepada beberapa bahagian : a) Sunnah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. didalam tugasnya sebagai penyampai risalah-seperti menjelaskan yang masih umum dalam al_Quran mengkhususkan yang umum, mengikat yang mutlak, menjelaskan dari segi ibadah atau tentang halal & haram,
tentang akidah, akhlak dan lain lain.
Sunnah semacam ini adalah syar’iat yang berlaku secara umum hingga hari kiamat dan jika ada sesuatu yang dilarang, maka semua orang menjauhinya, sejak ia mengetahui hukumnya. b) Sunnah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. sebagai pemimpin umum bagi masyarakat Islam, seperti mengirim tentera untuk berperang, membelanjakan harta baitul-mal sesuai fungsinya melakukan keadilan, membahagi harta rampasan perang dan mengikat perjanjian.

Sunnah seperti ini bukanlah syar’iat yang berlaku secara umum. Ia tidak boleh dilakukan tanpa izin pemimpin & pemerintah. seseorang juga tidak boleh melakukan sesuatu dari perbuatan itu secara spontan atau tiba tiba dengan alasan Nabi SAW. telah melakukannya.

c) Sunnah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. dalam kedudukan beliau sebagai hakim. Sebagai rasul penyampai risalah, serta sebagai pemimpin tertinggi umat islam, beliau juga berperanan sebagai seorang hakim yang memberikan kata putus dalam perkara perkara yang mengajukan bukti, sumpah dan keengkaran.

Sunnah ini bukan sebuah aturan syar’iah yang umum. Siapa pun tidak boleh melakukan tindakan dengan inisiatif peribadi walaupun setelah melihat hukum yang telah diberikan Rasulullah SAW. Ia harus meminta keputusan dari pengadilan oleh kerana diwaktu itu Rasulullah SAW. berperanan sebagai hakim. Jika seseorang menghadapi masalah yang sama ia harus meminta keputusan dari pengadilan. Jika seseorang itu ada hak pada orang lain, dengan bukti bukti yang lengkap, kemudian orang itu menolak dari memulangkan haknya, maka ia boleh mengambil kembali haknya dengan keputusan pengadilan, tidak dengan merebutnya sendiri. (Dr. Yusof Qardhawi 1998:73)

Marilah kita berusaha mengkaji secara cermat membaca berulang kali pendapat pendapat ulama dan berusaha memikirkan dengan berpandukan kepada nas nas, kaedah & tujuan syar’iat yang utama sambil berdoa kepada Allah SWT. agar memberkati petunjuk kepada kebenaran, memberikan kita pahala serta membebaskan diri dari sikap fanatik, taklid dan mengikuti hawa nafsu serta bersikap buruk sangka kepada orang lain.

KATEGORI SUNNAH
Sunnah sebagai sumber ilmu pengetahuan

Allah SWT. berfirman i) (an-nahl:78) yang bermaksud “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. ”ii) (al-Israa’: 36) Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya. ”

Ia bermaksud saranan atau perintah yang paling besar untuk membantu manusia membangun dunia serta menjalankan fungsi sebagai khalifah dimuka bumi bersesuaian
Dengan keredaan Illahi.
Dengan itu keutamaan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Adam nenek moyang semua manusia adalah satu kelebihan manusia yang paling besar. Ia menjadikan Adam layak untuk memegang kekhalifahan di muka bumi ini. Keistimewaan dalam hal ilmu pengetahuan ini dimiliki oleh Rasulullah SAW. dengan izin Allah SWT. Ia adalah satu bentuk hikmah yang besar yang ingin Allah SWT. tunjukkan sesuai dengan firmannya (al-baqarah: 30) “....... Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. ”

Orang muslim disamping mempercayai sumber ilmu pengetahuan, kita juga percaya ada sumber lain dari ilmu pengetahuan itu yang dapat membetulkan kesalahan tersebut jika salah satu menyimpang. Sumber terakhir ialah wahyu Illahi yang diberikan Allah SWT. melalui rasul rasulnya. Semuanya dirangkum dalam risalah penutup iaitu al-Qur’an
Ul karim yang merupakan akhir kalimat-kalimat Allah SWT bagi petunjuk manusia serta Sunnah Nabi SAW. yang menjadi penjelas Al-Qur’an.

Sunnah setelah Al-Qur’an-al-Karim adalah sumber fikh dan syari’at, ia juga sumber dakwah dan tuntunan hidup. Ia adalah sember pengetahuan bagi umat Islam sebagai petunjuk jalan bagi manusia. Sunnah juga menyempurnakan ilmu yang kita miliki. Dalam sunnah & juga Al-Qur’an ada banyak cerita mengenai alam ghaib, masa lalu, awal penciptaan manusia, tentang rasul rasul dan nabi nabi yang tidak tercatat dalam sejarah biasa dan hanya dapat diketahui melalu wahyu.

Rasulullah SAW. yang ummi ‘tidak dapat membaca dan menulis’ memberikan perhatian yang besar terhadap ilmu pengetahuan. Beliau memuji para ahli ilmu pengetahuan dan memberikan batas norma norma yang harus diikuti oleh mereka dalam mengembangkan amanah ilmiah mereka.

Telah banyak dijalankan kajian yang terperinci serta lebih luas menjelaskan pendidikan dalam sunnah Nabi SAW.. (seperti buku an-Nahju Nabawi fi Tarbiyah, Darul Wafa, Mesir)

Sunnah dan pengetahuan tentang alam ghaib.

Sunnah adalah sumber kedua setelah Al_Qur’an untuk mengetahui masalah masalah ghaib. Pengetahuan tentang hal hal ghaib ini tidak dapat dicapai dengan penelitian dan percobaan atau dengan mengkaji dan merenung. Sumbernya hanyalah wahyu Illahi saja yang diberikan pada rasul rasulnya. Ilmu ilmu ini Allah SWT. berikan kepada mereka sesuai dengan kadar yang dikehendaki Allah.

Rasulullah SAW. pada hakikatnya tidak mengetahui yang ghaib namun beliau mendapat pengajaran tentang ghaib dari Allah SWT. Allah SWT. berfirman (al-Jin: 26-27) bermaksud “Dia adalah Tuhan) Yang mengetahui yang ghaib, maka dia tidak memperlihatkan kepada sesiapa pun tentang yang ghaib itu kecuali kepada rasul yang diridhaiNya...... ”

Barangsiapa meragui hal ini, bererti meragukan hakikat wahyu itu sendiri kerana wahyu adalah bahagian dari yang ghaib dan hubungan rohani antara rasulullah SAW. dengan malaikat.

Perihal ghaib dibawa oleh Sunnah yang suci ada beberapa jenis: a) Allah SWT. : Sifat sifat dan Af’al-Nya : perkara ghaib yang paling besar yang dibawa oleh sunnah adalah apa yang berkaitan dengan Allah SWT., nama namanya, sifat sifatnya, af”alNya pada makhlukNya dan hubungan Allah SWT. dengan hamba hambanya. Antara hadis yang menceritakan tenetang hal ini (HR Muslim) “Allah SWT. adalah indah dan menyukai keindahan. ” (HR Baihaqi) Sesungguhnya Allah SWT. adalah Pemurah dan menyukai orang yang pemurah, menyukai akhlak yang mulia serta membenci akhlak yang hina. ” (HR Muttafaq’Alaih) “Allah SWT. mempunyai 99 nama. Barangsiapa yang menyebut nyebutnya akan masuk syurga.

b) Alam ghaib: Keghaiban yang berkaitan dengan alam ghaib yang berada disekitar kita mahupun diatas kita. Yang pasti kita tidak berada sendirian didunia ini. Ada mahkluk makhluk yang lain yang berada bersama kita dialam yang luas ini. Al-Qur’an menyebut diantara makhluk makhluk itu dan sunnah menjelaskan lebih jauh dan perperinci lagi.

c) malaikat : mereka adalah makhluk rohani dan cahaya yang tidak terindera (kelihatan) tidak berwujud walaupun Allah SWT. memberikan kemampuan kepada malaikat beerbuat demikian. (Dr. Yusof Qardhawi 1998 : 169 & 170). Malaikat tidak makan dan minum tidak berkeluarga & tidak ada keturunan, mereka juga tidak lelaki atau perempuan. Mereka difitrahkan untuk taat kepada Allah SWT. Mereka selalu bertasbih, berzikir & ibadah seperti manusia bernafas. Mereka adalah pasukan yang dipersiapkan untuk menjalankan perintah perintah Allah SWT. dialam semesta ini baik didunia mahupun akhirat. Firman Allah SWT. (at-Tahrim: 6) “.... yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. ” (al-Anbiya : 27) “Mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya. ”

Al-Qur’an dan Sunnah mewajibkan untuk beriman dengan adanya malaikat & dimasukkan sebagai salah satu rukun akidah islam. Dalam Qur’an difirmankan (al-baqarah:285) “Rasul telah beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dariTuhannya, demikian pula orang orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab kitabnya & rasul rasulNya...... ” Firman Allah SWT. lagi (al-Baqarah : 177) “.... Akan tetapi, sesungguhnya kebajikan itu beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat malaikat, kitab kitab dan nabi nabi...... ”.

Antara ungkapan sunnah tentang malaikat : Malaikat diciptakan dari cahaya, Jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang disebutkan (Al-Qur’an) kepada kalian (yakni dari tanah) (HR Muslim)

Al-Qur’an tidak menyebut dari apa malaikat diciptakan, kemudian Sunnah menjelaskan dari apa malaikat dicipta. Sunnah bercerita tentang banyaknya malaikat dialam “atas”, tugas malaikat dan hubungan mereka dengan manusia.

Nabi SAW. bersabda (HR Ibnu Marduweih) “Langit tertutup dan memang sepantasnya ia tertutp. Demi zat yang menguasai diri Muhammad! Tidak ada suatu tempat selebar satu jengkal pun, kecuali disana asa kening malaikat yang sedang bersujud dan bertasbih kepada Allah dengan segala puji-pujian. ”

d) Jin: Mereka jenis kedua dari makhluk yang berakal yang tidak dapat kita lihat adalah jin. Dinamakan jin kerana ia tertutup dari penglihatan kita. Al-Qur’an, disebutkan, Jin diciptakan dari api atau api yang menyala. Allah SWT. berfirman (ar-Rahman: 14-15) “ Dia menciptakan manusia sati tanah kering seperti tembikar, dan Dia menciptakan Jin dari api. ’’Al-Qur’an menjelaskan bahawa mereka ditakdirkan untuk mendapatkan beban seperti kita. Allah sw. t. berfirman (adz-Dzariat :56) Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahkau. ”

Antara mereka yang beriman ada yang kafir, yang taat dan maksiat. Sekelompok jin pernah mendengar Nabi SAW. saat membaca Al-Qur’an, maka segera mereka beriman. Ketika mereka kembali kepada kaum mereka, maka mengajak kepada keimanan dan masuk kedalam agama baru ini. Allah SWT. menamakan surat yang dinamakan dengan nama mereka (surah jin) iaitu : (al-Jin 1-2) “Katakanlah (hai Muhammad), telah diwahyukan kepadaku bahawanya sekumpulan jin telah mendengarkan (Al-Qur’an), lalu mereka berkata, Sesungguhnya kami telah pun mendengarkan al-Qur’an yang menakjubkan, (yang) memberi petunjuk kepada jalan benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali kali tidak akan mempersekutukan seorang pun dengan Tuhan kami. ”

Jin juga merupakan sebahagian dari tentera Nabi Sulaiman untuk melayaninya. Ini berasaskan Firman Allah SWT (an-Naml:17) “Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). ”

Jin yang kafir dan membangkang adalah dinamakn setan dan pemimpim mereka adalah iblis la’natullah. Dia jua sebahagian dari jin seprti ungkapan firman Allah SWT. (al-kahfi : 50) “Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, ” Sujudlah kamu kepada Adam, “maka mereka sujud kecuali iblis, dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia & turunan turunannya sebagai pemimpin selain Aku, sedangkan mereka adalah musuh mu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang orang yang zalim. ”

Ada banyak hadis bercerita tentang Jin. Semua hadis ini merperkuat apa yang diceritakan dalam al-Qur’an. Apa yang perlu kita lakukan sebagai manusia ialah mengenali dan memahami fungsi dan tugas Jin yang sebenarnya.

e) Arsy, Kursi, Lauhul-Mahfuzh & Qalam : Dalam Al-Qur’an & sunnah ada disebutkan alam yang tidak nampak dengan mata kasar yang disebut Arsy dan Kursi yang besar & luas.

Lauhul-Mahfuzh disebut sebagai ummul kitab, seperti firman Allah (az-Zukhruf : 4) “Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu dalam induk Al-kitab (lauhul-Mahfuzh) disisi Kami, adalah benar benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung hikmah.

Orang yang berakal & beriaman seharusnya tidak mengengkari adanya alam ghaib, malaikat, jin, arsy dan kursi, semata mata kerana ia tidak melihatnya dengan mata kepala sendiri. menurut para ahli diketika ini kita hanya dapat melihat 3% saja dari dunia material tempat kita hidup ini. Sebanyak 97% lagi kita tidak dapat melihatnya kerana kita tidak ada alat untuk melihatnya. Apa yang tidak dapat kita lihat, tidak boleh kita permudah & remehkan atau sia siakan, kerana ia lebih besar dari apa yang dapat kita lihat.

f) Kehidupan Barzakh : Ia adalah kehidupan setelah mati dan sebelum datang hari kiamat. Banyak hadis menjelaskan bahawa kematian bukan akhir perjalanan manusia, namun ia adalah permulaan perjalanan yang lain yang tidak diketahui hakikatnya. Didalamnya terdapat kebahagiaan & siksaan (Dr. Yusof Qardhawi 1998 : 177)

Antara hadis hadis yang diriwayatkan tentang alam ini oleh Bukhari-Muslim dari Ibnu ‘Umar, bahawa rasulullah SAW. bersabda : “Sesungguhnya seorang dari kamu, jika ia mati maka akan diperlihatkan tempatnya nanti di akhirat pada setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk dalam penghuni syurga maka ia akan termasuk dalam penghuni syurga. Dan jika termasuk dalam penghuni neraka maka ia akan masuk neraka. Dikatakan kepadanya, “Inilah tempat tinggalmu hingga Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.

Dari Ayyub is berkata “ Rasul SAW., keluar pada saat matahari telah tenggelam, kemudian beliau mendengar suara. Suara itu adalah seorang Yahudi yang sedang disiksa dikuburnya. ” Memberi tahu kita tentang kebenaran yang orang telah mati mendengar percakapan makhluk lain

Dari Anas bin Malik dalam riwayat Bukhari-Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. meninggalkan korban perang Badar selama 3 hari. Setelah itu beliau mendatangi kembali dan memanggil mereka. Kemudian Umar mendengar sabda Rasulullah dan bertanya ‘Wahai Rasulullah bagaimana mungkin mereka dapat menjawab sedangkan mereka telah menjadi bangkai dan hancur luluh. Rasulullah SAW. Rasulullah SAW. bersabda “Demi zat yang menguasai diriku! Kalian tidak lebih mendengar dari mereka, tetapi tidak dapat menjawab. Ini menunjukkan bahawa orang yang mati tidak dapat menjawab Rasulullah dan mereka tentu lebih tidak mampu menjawab orang lain. (HR Muttafaq’Alaih).

Kehidupan dalam kubur adalah bahagian dari hal ghaib yang kita imani. Lita tidak tahu bagaimana bentuk kehidupan ini kerana pengetahuan kita tidak mampu mencapai tahap ini.

Sunnah dan Ilmu kesihatan
Sihat itu adalah nikmat Allah SWT. yang paling besar dan wajib bersyukur jika dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat bertambahnya hikmah Allah. FirmanNya “Sungguh, jika kalian bersyukur, maka akan Aku tambah (nikmat-Ku) pada kalian. Dan jika kalian engkar (akan nikmat-Ku), sesungguhnya siksa ku amatlah pedih”. (Ibrahim : 7).

Imam Ibnul-Qayyim berkata, barangsiapa yang memikirkan petunjuk Nabi SAW.
Maka ia akan mendapatkannya sebagai sebaik baik petunjuk untuk memelihara kesihatannya. Memelihara kesihatan dengan cara mengetahui peraturan makan, tempat makan, minum, pakaian, tinggal, udara, tidur, bangun, bergerak, nikah, berjimak dan lain lain dengan baik. Jika hal hal ini dapat dipenuhi dengan tepat, sesuai dengan fizikal, pasti ia lebih bermanfaat.
Perlulah kita menjaga dan memelihara dan melindungi nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah SWT. dari hal hal yang membahayakannya.

Imam Bukhari meriwayatkan dalam sahihnya dari hadis Ibu Abbas, Ia berkata bahawa Rasulullah SAW. bersabda bermakdud, “ Ada dua nikmat yang didalam keduanya banyak orang tertipu, sehat dan waktu lapang. ” (HR Bukhari) Dalam riwayat Tirmidzi ia berkata rasulullah SAW. bersabda. ” Barangsiapa yang pada pagi hari tubuhnya dalam keadaan sehat, dadanya dalam keadaan tenteram & dia mempunyai makanan pada hari itu..... maka seakan akan dunia ini diperuntukkan untuknya (HR Tirmidzi

Agama Islam mementingkan penjagaan kesihatan dan kebersihan, seperti juga agama yang lain, kerana didalam kebersihan terdapat Ibadah. Antara syarat sah solat ialah bersih dari hadas kecil dan besar iaitu dengan berwuduk dan mandi. Dan termasuk syarat sah soslat ialah kebersihan pakaian, badan & tempat sembahyang dari segala macam kotoran. Ini termasuk juga syarat sah solat iaitu kebersihan ditempat keluar air kecil & air besar dengan istinja atau menbasuh dengan air kalau memunkinkan. Sekiranya tidak munkin cukup dengan pengusap dengan beberapa biji batu.

Al-Qur’an dan Sunnah menyukai orang yang menjaga kebersihan dan orang orang yang bersih. Allah SWT. befirman “.... sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang bertaubat dan menyukai orang orang yang menyucikan diri>” (al=baqarah : 222)

Nabi SAW. bersabda “Kebersihan adalah sebahagian dari Iman. ” (HR Muslim dari Abu Malik al-Ady’ari : hal 223). Hikmah ini tersebar luas dan sering diucapkan oleh orang orang yang berilmu dan awam. Disamping itu Nabi SAW. sangat menitik beratkan kebersihan. Beliau menganjurkan umatnya untuk mandi, terutama pada hari Jumaat. Beliau bersabda “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang bermimpi. ” Orang yang bermimpi ialah orang yang telah baligh. (HR Malik, Ahmad, Abu Dawud, nasa’i : hal 4155). Baginda juga memerhatikan kesehatan mulut, terutama gigi. Beliau menyarankan kita untuk menggosok gigi. “Bersiwak (sikat gigi itu menbersihkan mulut dan menyenangkan Allah. ” (HR Ahmad dari Abu bakar, Shafie ai Musnad-nya, Ahmad juga Nasir. )

Rasulullah SAW. juga mengingatkan agar menghilangkan buklu ketiak, rambut pada kemaluan dan memotong kuku. Ia menganggap yang demikian itu termasuk Sunnah fithrah (HR Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW. juga memberi peringatan keras terhadap perbuatan orang orang yang tidak memikirkan akibatnya. Antara perbuatan itu ialah kencing diair yang tergenang, berak ditempat teduh atau dijalan atau dimata air. Baginda bersabda “Jauhilah dua kutukan atau dua macam orang yang dikutuk iaitu orang yang membuang kotoran dijalan orang orang dan ditempat berteduh manusia. (HRAhmad) Dalam hadis ini membuang kotoran (buang air kecil dan besar). Hukumnya makruh dan mendekati haram, sebagaiman pendapat Imam Nwawi. Bahkan Imam Dzahabi mengatakan hal iti dosa besar (Lihat faidhul-Qadir Syarhu-al-Jumi’ah-Shaghir (1/136)
Nabi SAW. mendorong kita bekerja, bersenam dan bersukan dan bangun pada awal pagi hari. Mengikut perbuatan Nabi, bangun pagi pagi dengan jiwa yang bersih, serta bersemangat sebagai salah satu sifat seorang mukmin yang komited dengan ajaran agama Islam. Baginda uga mendorong sahabatnya menunggang kuda, memanah dan berenag yang mana ini adalah aktiviti akvitivi yang menjurus kepada kesihatan yang baik.

Nabi juga menganjurkan perlumbaan lumba kuda dan beliau memberi hadiah kepada pemenangnya. Hal ini beliau men”sunnah”kan permainan tombak, pedang, berlari. Menurut Aishah r. a. ia berkata Rasulullah mengajakku berlumba lari, lalu aku mengalahkannya. Kemudian setelah aku bertambah gemuk, beliau menegajakku berlumba lari lagi, dan kali ini beliau mengalahkan aku, lalu kata beliau, ”Ini balasan yang itu. ” (HR Ahmad & Abu Dawud) Disini jelaslah sunnah Nabi SAW menggalakkan umatnya beriadah, bersukan, berolahraga mengikut cara yang bersesuaian dengan kehendak agama islam, agar umatnya sentiasa berada didalam kondisi cergas.

Dari segi kesihatan juga islam mengharamkan barang barang yang memabukkan. Islam juga menekankan agar umatnya menjauhi barang barang tersebut. Mana mana orang yang turut serta didalamnya turut berdosa sekalipun peranannya kecil. Dalam hal khmar (minuman keras) Allah SWT. melaknat orang orang yang terlibat. Islam juga mengharamkan penggunaan barang yang membahayakan samada dadannya atau jiwanya. Samada yang dimakan, minum, dicium, dihisap atau disuntik. Seorang Muslim haram hukumnya mensiakan tubuh & kekuatannya. Dirinya adalah amanah dari Tuhan. Setiap perbuatan seperti penyalahgunaan dadah, pil khayal dilarang oleh agama islam sama sekali.

Allah melarang sikap boros dan berlebih-lebihan dalam hal makan dan mikum kerana ini menimbulkan bahaya terhadap badan. FirmanNya “Dan makan minumlah kalian, tetapi jangan berlebiha lebihan. Sesungguhnya Dia (Allah) tidak menyukai orang orang yang boros (berlebihan). (al-A’raf ;31) Nabi SAW. juga bersabda” makan dan minumlah kalian, bersedekahlah dan pakailah pakaian, tetapi jangan boros dan sombong. ” (HR Ahmad, Nasa’i. Ibu Najah & Hakim dari Ibnu Amm. )

Adalah disyariatkan rukhshah (kemudahan, kelonggaran) dalam melaksanakan kewajipan sekiranya timbul sakit. Misalnya orang Muslim boleh menggantikan wuduk dengan tayammum jika berwuduk akan menambahkan parah penyakit yang dihidapi, sholat yang berdiri boleh dilakukan dengan duduk atau berbaring dan dibolehkan berbuka puasa pada bulan Ramadhan jika ia sedang musafir atau sakit. Ini juga termasuk hendak makan makanan yang haram dimakan oleh orang Islam seperti bangkai, daging binatang yang disembelih bukan kerana Allah dimasa darurat kerana syari’at yang terdapat dalam Al-Qur’an dan Sunnah mengizinkannya., seperti Firman Allah “..... tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (menahannya) padahal dia tidak menginginkan & tidak pula melebihi batas, maka ia tidak berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (al-Baqarah : 173)

Rasulullah menberi perhatian terhadap kedoktoran dan pengobatan memang ada dan tidak mengapa. Pada setengah agama buatan manusia, telah diselewengkan dengan pemikiran yang busuk serta khurafat. Lalu Nabi SAW. membuang khayalan itu, membetulkan kesalahan kesalahan itu dan menukarkan kepada kaedah kaedah ataupun prinsip yang kecil yang diikut oleh orang muslim hingga kini. Antara prinsipnya ialah : i) Menjaga hak tubuh iaitu memberi makan apabila tubuh lapar, membersihkannya apabila kotor, merehatkannya bila keletihan dan mengobatinya bila sakit, ii) Obatan adalah takdir Allah-zaman dulu orang menganggap berobat dan nmencari penawar itu melawan takdir. Mereka menyangka wajib bersabar atas cobaan yang menimpa dan redha terhadap takdir., tanpa perusaha mencari obat. Dalam sunnah Nabi SAW patut dijadikan teladan iaitu Nabi SAW. selalu berobat untuk dirinya dan menyuruh keluargha serta para sahabatnya untuk berobat jika terkena penyakit. Nabi pernah pengirimkan seorang tabib/doktor/dukun kepada Ubay bin Kaab. Lalu tabib itu memotong daging tumbuhnya dan menempelkan besi panas mambara (HR Muslim dari jabir dalam kitab as-salam, hal 2207). iii) ketetapan Allah dalam hal penyakit menular – Dalam hal penyakit yang menular, seperti taun, sunnah nabi mengakui hukum Allah SAW. iaitu ia tidak menular dengan sendirinya sebagai mana yang diyakini oleh orang Jahiliyah tetapi menular dengan takdir Allah. iv) Penghormatan terhadap kedoktoran – Rasulullah SAW. menentang kedoktoran yang dipraktikan oleh dukun & sihir sebaliknya menghormati kedoktoran yang berdasarkan pengamatan uji coba, dan sebab musabab. Nabis. s, a, w, dengan perkataannya, perbuatannya dan ketetapannya merupakan contoh tauladan yang baik dalam memberikan petunjuk kedoktoran yang benar dan bukan diatas khayalan 7 cakap cakap kosong. Allah SWT. adalah pencipta penyakit dan Allah SWT. jualah menciptakan obatnya. Sebagai seorang muslim sejati kita haruslah berusaha dan berikhtiar mencari penawar kepada apa jua jenis penyakit.

Sunnah dan Fikah peradaban
Salah satu ajaran fikah peradaban ini adalah berdasarkan pengetahuan nilai nilai yang tinggi, asas yang kukuh yang dibawa oleh islam. Mencari dan menuntu ilmu itu wajib atas setiap Muslim (HR Ibu Majah) baik lelaki ataupun perempuan, tua atau muda. Apakah ilmu yang wajib dicari itu? Ilmu itu banyak cabangnya, bidangnya bermacam macam & tidak ada batas. Ada yang menganggap menuntut ilmu itu fardzu kifayah dan ada pula menganggap fardzu ain.

Fardzu ain adalah ilmu yang harus dimiliki oleh setiap orang dalam ugama dan dunianya. Sehingga kini amat banyak umat islam yang buta huruf. Mereka tidak dapat menyaingi umat lain dalam perlombaan ilmu dan kemajuan. Kekurangan ini semakin menjadikan umat islam semakin tertinggal kebelakang. Rasulullah SAW. orang yang pertama berusaha menghilangkan buta huruf dalam masyarakatnya, meskipun diketika itu kemudahan & prasarana tersedia amat sedikit.

Dalam perang Badar ada tawanan dari kaum Musyrikin Quraishy yang menguasai ilmu tulis menulis. Baginda memberikan kesempatan kepada mereka untuk menebus diri mereka dengan mengajar bagi setiap orang sepuluh anak kaum muslimin untuk menulis. Seolah olah sertiap orang dibebani untuk membuka kelas kecil yang terdiri dari sepuluh orang murid.

Contoh teladan ini kita boleh lihat pada masa sekarang dimana kelas kelas tambahan auat tuisyen diberi pada pelajar pelajar yang lemah dan kurang mahir dalam menguasai mana mana mata pelajaran. Contoh perbuatan nabi SAW. menjadi ikutan oleh umat Islam dan umat umat yang lain kerana ia merupakn langkah bijak dalam menangani permasalahan tersebut. Proses ini kan berterusan hinggalah kiamat berlaku.

Salah satu ilmu dan ciri ilmu fikahnya ialah diam ketika tidak tahu. Jangan mengatakan sesuatu yang kita tidak ketahui dan jangan banyak bicara tentang sesuatu yang diluat pengetahuan kita. Allah SAW. berfirman “Dan janganlah kamu mengikuti/mengatakan sesuatu yang kamu tidak memiliki ilmunya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabkan (al-Isra ‘:36) Seharusnya kita tidak malu untuk menanyakan sesuatu ilmu yang kita tidak ketahui walaupun pada orang kafir sekalipun.

Nabu SAW. ketika ditanya tentang hari kiamat, dalam hadis Jibril yang terkenal, beliau menjawab “Orang yang ditanya tentang hal iui tidak lebih mengetahui daripada yang bertanya. ” (HR Imam Muslim) Allah juga berfirman “Sesungguhnya ilmu tentang hal itu hanya ada pada Aku. ” (al-Ahzab :63). Dalam konteks ini berdiam diri bukan bermakna kita tidak boleh bertanya tentang hal hal kiamat tetapi untuk orang islam diseru supaya percaya, yakin dan beriman dengan hari kiamat kerana ia merupakn satu dari rukun Islam yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kesimpulannya
Sunnah Nabi SAW. adalah sumber kedua untuk menjelaskan isi Al-Qur’an. Sunnah juga sumber bagi peradaban dan pengetahuan. Didalam sunnah terdapat apa yang benar atau pun tidak. Sunnah telah memperinci & menjelaskan apa yang terdapat dalam Al-Qur’an tentang alam ghaib yang kita mengimani tetapi tidak melihatnya. Ia juga menerangkan tentang kemanusiaan dan apa yang berkaitan dengan pendidikan, kejiwaan, perekonomian, kesihatan dan lain lain. Sunnah juga dipenuhi dengan perkataan, perbuatan dan ketetapan yang merupakan sumber petunjuk yang banyak bagi peradaban dan perilaku umat Islam.

Patut diketahui yang paling penting dari fungsi Rasulullah SAW. ialah beliau sebagai pembawa risalah dan pemberi tuntunan syariat. Untuk fungsi inilah tujuan utama diutuskan beliau. Segala perbuatan dan sabda yang disampaikan oleh beliau terutamanya nerkaitan dengan umat Islam adalah sebahagian dari syar’iat kecuali jika ada tanda tanda yang menunjukkan bahawa ia dilakukan bukan bertujuan penentuan syariat.

Dengan ini sunnah menjadi teras kepada kehidupan umat Islam. Umat Islam disanjung kerana telah menjalankan tugas menhayati erti sebenar Sunnah dalam kehidupan seharian.

Marilah kita bersama sama panjatkan doa kepada Allah SAW. agar menjadikan kita umat Islam orang yang mampu mengikut apa yang terdapat dalam Kitabmu yang mulia dan Sunnah rasul-Mu yang memiliki akhlak yang luhur. Dan jadikanlah kami termasuk kedalam golongan orang orang yang engkau berikan kabar gembira.

Rujukan Utama
Al Quran dan terjemahan.
Dr Yusof Qardhawi – 1998 : Sunnah rasul (Sumber pengetahuan & Peradaban) : Jakarta.



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com