Perjuangan Baginda Rasulullah SAW

PENGENALAN
Riwayat hidup Nabi Muhammad SAW merupakan lukisan sejarah seorang manusia biasa yang mendapat keistimewaan berupa kerusulan, sehingga tidak keluar daripada kemanusiaannya. Riwayat hidup baginda jelas iaitu sejak dari perkahwinan ayahnya dengan ibunya sehingga wafatnya, sehinggakan ahli-ahli fikir barat menyatakan bahawa “Muhammad satu-satunya Rasul yang dilahirkan dalam riwayat hidup yang jelas.

Tiada satupun dikalangan orang islam dan bukan islam yang boleh menandingi baginda kerana Allah telah memerintahkan kepada semua muslimin untuk mencontohi Nabi Muhammad SAW dalam firmannya;
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatnya bersalawat untuk Nabi Muhammad SAW. Hai orang-orang beriman bersalawatlah kamu untukNya dan ucapkanlah salam penghormatan penghormatan kepadanya”

Oleh itu, dalam riwayat hidup Nabi Muhammad SAW kita akan dapat melihat dengan lebih mendalam lagi tentang beberapa keistimewaan dimana dengan mempelajarinya akan memberi pengkayaan rohaniah, pemikiran dan kesejarahan.

SEJARAH HIDUP NABI MUHAMMAD SAW SEBELUM MENJADI RASUL KELAHIRAN RASULULLAH
Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah b. Abd Mutalib b. Hashim adalah berketurunan ahli bangsawan Quraish. Manakala ibunya bernama Aminah binti Wahab bin Abd Manaf bin Zuhra adalah dari ketua suku kaum Zuhra. Bapa dan ibinya berkahwin ketika umur bapanya genap dua puluh tahun. Setelah berkahwin Abdullah melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan mula berdagang ke Syiria, Syam, Madinah dan sebagainya. Ketika Nabi Muhammad SAW di dalam kandungan ibunya Abdullah keluar berdagang ke Gaza. Manakala ibunya Aminah pula telah pergi menyendiri menjauhi kebisingan kota Mekah untuk mencari ketenangan dan kedamaian jiwa. Sesungguhnya factor ini amat penting untuk perkembangan janin di dalam kandungannya.

Tetapi dalam perjalanan Abdullah telah singgah di Madinah iaitu di daerah Bani Hadyi Bin Annjar iaitu dirumah saudara ibunya dan telah meninggal dunia pada usia 25 tahun iaitu ketika Nabi Muhammad masih berada dalam kandungan ibunya kira-kira dua bulan.

Pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah dan tahun keempat puluh dalam pemerintahan Raja Kisra Anu Sirwan bersamaan 20 April 571M ketika terbit fajar Nabi Muhammad SAW 2 telah dilahirkan dan ini merupakan khabar gembira kepada Abdul Mutalib dan bapa saudaranya Abu Lahab. Apabila nabi Muhammad dilahirkan Abdul Mutalib terus membawa bayi itu ke Khaabah untuk bersyukur dan diberi nama ‘Muhammmad’ sedangkan nama itu belum pernah dipakai oleh bangsa arab, bahkan sebutan nama ini sangat pendek. 3 Setelah orang Quraisy tahu tentang nama itu mereka pun bertanya kepada Abu Mutalib mengapa tidak suka memakai nama nenek moyang. Lalu Abu Mutalib menyatakan keinginanku dia akan menjadi orang yang terpuji bagi tuhan dilangit dan bagi makhlukNya di bumi. 4 Perkara ini juga membawa berita gembira kepada Abu Lahab sehinggakan beliau mengucapkan kepada jariahnya (hambanya), “pergilah Thuwaibah kamu telah merdeka”5
Semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW beberapa irhasat (petanda-petanda) kebangkita seorang rasul telah berlaku beberapa ketika, iaitu runtuhan empat belas anjung dewan Kisra Parsi, terpadamnya api yang disembah penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja disekitar Tasik Sewah yang sebelum ini penuh sesak dengan pengunjung. Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi tetapi tidak disepakat oleh Muhammad Al-Ghazali.
Disamping itu ada juga diceritakan bahawa, ketika melahirkan bayinya, Aminah telah melihat suatu cahaya keluar daripada dirinya. Kemudian cahaya itu bagaikan memenuhi bumi. Aminah tidak bermimpi dia melihat sesuatu yang benar. Cuma dia merasakan dirinya berada dalam dunia khayalan. Syifa’ ibu

Abdul Rahman bin Auf dan Barakah Jariah Abdullah menceritakan kepada Aminah dengan rasa kagum. Kedua-dua mereka juga melihat dan mengalami peristiwa itu seperti juga Aminah.

PERINGKAT PENYUSUAN
Kebiasaannya bangsa Arab akan mengambil wanita yang ahli dalam menyusukan anak-anak mereka sehingga. Mereka berpendapat sekiranya orang yang pakar dalam menyusukan anak akan memberi anak mereka sihat jasmani dan rohani. Selalunya kabilah Bani Sa’d yang akan menysusukan anak bagi keluarga bangsawan di Mekah pada masa itu. Semasa menunggu kabilah Sa’d datang menyusukan Nabi Muhammad SAW Aminah menyerahkan dahulu tugas menyusukan baginda kepada Thuwaibah iaitu bekas Jariah Abu Lahab. Selama beberapa waktu baginda disusukan bersama dengan Hamzah iaitu bapa saudara Nabi Muhammad SAW hasil perkahwinan Abd. Mutalib dengan Hala. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW adalah saudara susuan kepada Saidina Hamzah.

Akhirnya, kaum muslimat dari Kabilah Sa’d pun datang ke Mekah. Walau bagaimanapun ramai muslimat yang tidak mahu menyusukan Nabi Muhammad SAW kerana baginda adalah anak yatim, dimana anak yang tiada bapa akan mendatangkan hasil yang kurang lumayan kepada kabilah tersebut. Tetapi Halimah bt Abi Dzuabi As-Sa’adiah atau dikenali dengan Halimatun Sa’adiah iaitu seorang wanita miskin kabilah Sa’d sanggup menyusukan Nabi Muhammad SAW. Beliau telah mendapat barakah dan keuntungan dalam hidup berkeluarga kerana menysukan nabi daripada Allah.

Mengikut resam Arab Hadhar (Bandar) bahawa usaha memperolehi penyusu-penyusu untuk anak-anak mereka dari puak pendalaman sebagai usaha mencegah daripada penyakit-penyakit yang terdapat di bandar, disamping menguatkan pembinaan jasad anak-anak, mengemaskan otot-otot malah ianya juga sebagai cara untuk membantu lisan bahasa Arab dengan bahasa yang baik sejak dalam buaian lagi. Untuk itulah, Abdul Mutalib berusaha mencari ibu susu untu baginda, tambahan pula Nabi Muhammad SAW tidak mahu menyusu susu ibunya kerana susu ibunya kering akibat terlalu sedih atas pemergian suaminya.

Antara saudara sepenyusuan Nabi Muhammad SAW dengan Bani Said ialah Abdullah b. al-Harith, Anisah Bt al-Harith, Huzaifah @ Jazimah bt. Al-Harith (iaitu lebih dikenali dengan gelaran al-Syima’-beliaulah yang mengasuh Muhammad dan Abu Sufian Ibn al-Harith b. Abdul Mutalib). Nabi Muhammad SAW telah menyusu dengan Halimah sehingga usianya dua tahun dan bercerai susu. Halimah telah membawa nabi kepangkuan ibunya tetapi beliau telah meminta Aminah membenarkan Nabi Muhammad terus tinggal bersamanya untuk beberapa lama. Aminah mengizinkan dan nabi Muhammad SAW tinggal dengannya sehingga baginda meningkat usia 4 atau 5 tahun. 2
Ketika usia Nabi Muhammad SAW belum mencapai 3 tahun berlaku suatu peristiwa pembedahan dada oleh malaikat ke atasnya dimana semasa baginda bermain dengan saudar sebaya dari keluarga Sa’d berlaku peristiwa membelah dada baginda. Anak daripada keluarga Sa’d itu menceritakan kepada ibunya bahawa “Saudaranya yang dari Quraisy itu telah diambil oleh dua orang lelaki berbaju putih. Dia dibaringkan, perutnya dibedah sambil dibalik-balikkan. Oleh itu, Halimah dan suaminya terus pergi dapatkan baginda dan mereka lihat baginda sedang berlari mukanya pucat lalu mereka menanyakan kepada baginda, Nabi Muhammad menjawab bahawa baginda didatangi dua orang lelaki berpakaian putih lalu membedah perutnya dan mencari sesuatu di dalamnya. Selepas kejadian itu Halimah menghantar kembali Nabi Muhammad SAW kepada ibunya Aminah.

KEWAFATAN IBUNYA AMINAH
Ketika usiaNya enam tahun, Nabi Muhammad SAW dibawa ibunya ke Yastrib untuk menziarahi makam ayahnya. Aminah juga membawa Ummu Aiman iaitu budak perempuan yang ditinggalkan olah Abdullah dahulu untuk menjaga Nabi Muhammad SAW. Tetapi ditengan perjalanan iaitu di Abwa di sebuah desa antara Madinah dengan Jahfa ibunda nabi Muhammad SAW telah meninggal dunia. 1Tinggallah nabi Muhammad SAW sebagai yatim piatu dan di bawa pulang ke Mekah oleh Ummu Aiman.

DI BAWAH ASUHAN DATUK DAN BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

Setelah kewafatan ibunya nabi Muhammad SAW dijaga oleh datuknya Abdul Mutalib tetapi tidak lama. Kenangan sedih sebagai anak yatim piatu masih lagi dirasai sehinggakan di dalam Al-Quran disebut ketika Allah mengingatkan nabi akan nikmat yang dianugerahkan kepadanya itu: “Bukankah engkau dalam keadaan yatim piatu?Lalu diadakan-Nya orang yang melindungimu?Dan menemukan kau kehilangan pedoman, lalu ditunjukkan-Nya jalan itu?”2 Abdul Mutalib wafat ketika umur nabi Muhammad SAW 8 tahun dan sekali lagi baginda mengalami kenangan sedih. Datuknya wafat pada usia 80 tahun, lalu baginda diserahkan kepada bapak saudaranya iaitu Abu Talib untuk dijaga.

Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu sama seperti Abdul Mutalib. Beliau sangat suka kepada baginda kerana budi pekertinya yang luhur, cerdas, suka berbakti baik hati sehinggakan Abu Talib mendahului anak saudaranya daripada anak-anaknya. Pernah beliau membawa baginda ke Syam untuk berdagang. Ketika dalam perjalanan mereka bertemu dengan rahib Bahira iaitu rahib kristian. Rahib itu melihat tanda-tanda kenabian pada baginda dan beliau menasihati Abu Talib supaya berjaga-jaga ketika masuk ke Syam takut orang Yahudi mengetahui tanda-tanda itu dan berbuat jahat kepadaNya. Lalu Abu Talib terus membawa Nabi Muhammad pulang keMekah.

Ketika baginda berusia 20 tahun, Nabi Muhammad SAW menyaksikan peperangan Fijar diantara Qabilah Qais dan musuhnya. Perang ini berlaku diantara Thaif dan Mekah yang bernama daerah Nakhlah. Di dalam peperangan ini baginda membantu bapa saudaranya memanah untuk menewaskan musuh. Perang Fijar berakhir dengan pendamaian. Setelah perang selesai berlaku pula peristiwa

Hiff Fudzal iaitu berlaku perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini berlaku selepas Hashim dan Abdul Mutalib wafat. Banyak pengajaran yang diperolehi oleh Nabi Muhammad SAW daripada peristiwa tersebut. Peristiwa itu menjadikan nabi Muhammad SAW mempunyai jiw yang teguh, lebih berkeperibadian mulia hinggakan digelah Al-Amin oleh penduduk Mekah.

TANDA-TANDA KERASULAN

Pelbagai perkara ajaib berlaku disekitar kehidupan Nabi Muhammad SAW setelah kelahiranya. Semua ini menjadi tanda-tanda keistimewaan baginda sebagai rasul.

Halimatus Saadiah ketika menyusukan baginda telah dikurniakan susu yang banyak yang membolehkan beliau menyusukan Nabi dan anaknya sendiri sehingga kenyang. Malahan kambing-kambing juga memperolehi susu yang banyak sehinggakan rezeki mereka mencurah-curah

Ibnu Asakir mengeluarkan sebuah hadis dari Jalhamah Ibn Arfatah yang telah berkata:
“Aku sampai ke Mekah dengan openduduknya menghadapi kemarau, Quraisy telah menyebut wahai Abu Talib lembah kita ini sudah kemarau, ayuh sekarang pohonlah hujan. Dengan itu, Abu Talib pun keluar bersama si anak. Sianak itu bagaikan matahari bercahaya, tiada mendung. Beliau dikelilingi anak-anak kecil yang lain. Abu Talib pun mengankat baginda dan menyandarkan belakang baginda ke didnding Khaabh, sedangkan jarinya menekan badan baginda. Ketika itu langit pun berawan, namun tidak beberapa lama mendung pun berarak masuk ke langit khaabah dari sana sini, Hujan pun turun dengan lebat membanjiri lembah Mekah menyuburi kota dan desa.

MENGEMBALA KAMBING
Gembala kaambing merupakan pekerjaan Nabi Muhammad SAW. Pekerjaan ini memberikan lebih banyak ketenangan kepada baginda dan tidak membuang masa baginda kepada benda-benda yang tidak berfaedah. Dengan mengembala kambing memberikan baginda lebih banyak merenung dan berfikir dimina baginda dapat mencari sesuatu penafsiran tentang pencipta alam semesta ini. Dengan berfikir dan merenung dapat menghindarkan segala pemikiran nafsu duniawi. Oleh itu, pekerjaa ini telah menghindarkan Nabi Muhammad SAW dari segala godaan duniawi. Pernah Nabi Muhammad SAW teringin untuk bermain-main seperti pemuda lain di Kota Mekah. Baginda pernah berjalan di unjung Kota Mekah dan terdengar irama muzik yang indah tetapi Allah telah memperdengarkan muzik tersebut dengan memberi baginda rasa mengantuk lalu tertidur. 1
Oleh itu, Nabi Muhammad SAW sentiasa berada dalam kedaan ketenangan tidak dipengaruhi dengan kekalutan duniawi di mana baginda pernah berkata:
“Kami adalah golongan yang hanya makan bila lapar, dan bila sudah makan tidak sampai kenyang”?2

MENJALANKAN PERDAGANGAN
Ketika usia Nabi Muhammad SAW 25 tahun bapa saudaranya Abu Talib menyuruh baginda mengikut Khadijah binti Khuwailid memperdagangkan barang ke Syam. Ini disebabkan Abu Talib merupakan orang yang hidup miskin tambahan pula ramai anak, dengan berdagang Nabi Muhammad akan meperolehi upah untuk menampung hidupnya.

Akhir Khadijah pun bersetuju dan Nabi Muhammad SAW pun berangkat menuju ke Syam. Perjalanan ini memberikan nabi menghidupkan kembali kenangannya tentang perjalanan dahulu dan memberikan nabi lebih banyak berfikir tentang peribadatan dan kerpercayaan-kepercayaan di Syam atau di pasar-pasar sekelilingnya Mekah. Ketika baginda sampai di Bushra ia bertemu dengan puak agama Nasrani Syam. Ia berbicara dengan rahib-rahib (Nestoria) dan pendeta-pendeta agama tentang agama Isa.

Dengan kejujuran dan kemampuanNya baginda mampu memperdagangkan barang Khadijah dan mengembirakan Khadijah serta telah berubah menjadi cinta dalam masa yang singkat.

PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD SAW
Rasulullah SAW berkahwin ketika berumur 25 tahun dengan Khadijah binti Khuwailid iaitu janda kaya yang dihormati merupakan majikannya. Ketika itu, umur Khadijah 40 tahun. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan bersama dengan harta yang banyak peninggalan dua orang bekas suaminya. Khadijah telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Nabi. Mereka berkahwin dan menikmati kehidupan yang bahagia dan aman damai dengan dikurniakan dua orang anak lelaki (kedua-duanya meninggal dunia ketika kecil) Sepanjang perkahwinannya Khadijah merupakan isteri tunggal dan Khadijah meninggal dunia pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh selepas kebangkitan Rasulullah SAW. Ketika itu beliau berusia 51 tahun.

Dalam bulan Syawal di tahun kesepuluh tersebut, baginda telah berkahwin dengan Swdah binti Zamiah. Sawdah adalah isteri pertama yang dikahwini baginda selepas Khadijah. Selepas beberapa tahun baginda berkahwin pula dengan Aisyah puteri Abu Bakar.

Baginda Rasulullah berkahwin sebanyak sepuluh kali selepas kematian Khadijah. Semua isteri nabi merupakan balu kecuali Aisyah. Sebahagian daripada perkahwinan baginda adalah untuk membantu wanita-wanita tersebut dan sebahagiannya pula untuk memenangi sokongan daripada kabilah-kabilah yang sedang bermusuhan atau bertujuan untuk menyatakan rasa hormat kepada satu-satu kabilah.

KERASULAN NABU MUHAMMAD SAW
Wahyu pertama Nabi Muhammad SAW diturunkan ketika baginda berusia 40 tahun, Allah menugaskan kepada beliau untuk menyampaikan khabar gembira dan peringatan kepada umat manusia. Wahyu pertama kali ini disampaikan melalui mimpi yang benar. Sejak dari itulah nabi mula menyendiri dan merasa senang berkhalwat dan ikhtirab kepada Allah sehingga baginda memilih tempatnya di Gua Hiro’.

Baginda mengikut cara ibadat nabi Ibrahim a. s untuk berkhalwat ia selalu membawa bekal sehingga menerima wahyu di Gua Hiro’. Iaitu telah datang dua Malaikat memegang sambil mengoyangkan diriku sehingga aku gementar. Kemudian Malaikat itu berkata:
“Bacalah dengan nama TuhanMu Yang mencipta. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhanmulah Yang paling pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui”

Kemudian nabi menceritakan kepada Khadijah dan mereka mendapatkan nasihat daripada Waraqah bin Naumal iaitu orang yang mengetahui tentang injil. Lalu Waraqah berkata inilah namanya wahyu yang Allah turunkan kepada Musa a. s. Sesungguhnya bila aku ini seorang pemuda atau aku ini hidup di masa engkau aku akan berdakwah dengan wahyu itu, sehingga kaummu bertindaak mengusirmu ”Rasululluh SAW berkata, “Atau aku yang mengusir mereka”?Warqah menjawab Ya, belum pernah datang kepada sesiapapun seperti yang telah datng kepadamu, melainkan berulang aku katakana, bila aku ini panjang umur aku akan ikut kamu. Dan aku akan membantu kamu dengan sekuat tenaga. ”

Tidak beberapa lama, waraqahpun meninggal dunia. Wahyu pun terhenti, dan setelah empat puluh hari wahyu turun semula.

DAKWAH RASULULLUH

Nabi Muhammad SAW mulai melaksanakan tangasnya kepada Allah. Beliau melaksanakan islam mengikut perintah Allah. Bagindaa menjalankan dakwah secara sembunyi pada peringkat permulaan dan secara terang-terang seterusnya.

Dakwah secara sembunyi terpaksa dilaksanakan kerana kuatir akan menimbukan masalah kerana islam merupakan agama yang asing bagi orang pada masa itu. Pada peringkat pertama yang masuk islam ialah Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Abi Qatadah atau Abu Bakar, dan Zaid bin Haritsah. Selanjutnya dakwah islam mendapat sambutan pula dikalangan orang Quraisy peringkat tinggi antarangan Osman bin Affan, Zubair bin Al-Awam, Abdurrahman bin Auf, Abdullah bin Mas’ud, Saad bin Abi Waqas, Thalhah bin Ubaidillah, Abu Dzar Al-Ghifry, Shahib Ar-Rumy dan sebagainya.

Rasululluh berdakwah secara diam-diaam selama tiga tahun sejak turunnya wahyu yang pertama. Wahyu selanjutnya rasululluh mendapat perintah mendakwahkan islam secara terang-terang. Pada peringkat pertama rasululluh mengumpul kaum Quraisy ke Safa. Rasululluh bersabda”Aku inilah penyelamat kalian dari seksaaan yang pedih”, ketika itu Abu Jahal berteriak”Celakalah engkau, hanya untuk kepentingan ini kami dikumpulkan?”Maka turunlah firman Allah yang merupakan tangkisan kepada Abu Lahab, siapa sebenar yang celaka itu, “Binasalah kedua-dua tangan Abi Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta benda dan apa yang diusahakannya. Kelak ia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya pembawa kayu bakar yang dilehernya ada tali dari sabut” 1 Kemudian Nabi SAW mengumpul kaum kerabatnya dan mengatakan kepada mereka “Sungguh Rasul tidak akan menipu keluargamu. Bagi orang yang berbakti kepada Allah balasannya adalah surga yang kekal baginya. Bagi orang yang jahat, maka neraka adalah balasan yang kekal baginya”. Nabi Muhammad SAW menghadapi kaumnya dengan penuh sopan, kecuali kepada bapa saudaranya Abu Lahab, beliau selalu bersikap tegas.

TENTANGAN QURAISY TERHADAP NABI
Sepanjang menjadi Rasul baginda terpoaksa menghadapi dugaan dan cabaran. Penentangan dan penyeksaan terus diterima dari kaumnya yang eggan menerima kebenaran. Baginda dicaci, dihina dan diseksa dengan perlbagai bentuk penyeksaan. Namum baginda mendapat sokongan yang kuat daripada para sahabat yang memahami serta isteri baginda sendiri iaitu Khadijah bin Khuwailid. Pelbagai nama mereka memanggil nabi sehinggakan mereka mengatakan bahawa Muhammad adalah tukang tenun, gila dan berdusta, tetapi Allah tetap melindungi Rasul;
Firman Allah, “Maka tetaplah memberi peringatan, dan kamu disebabkan nikmat tuhanmu bukanlahlah seorang tukang tenun dan bukan pula seorang gila”

Selepas itu, peristiwa pemulauan terhadap keluarga Bani Hashim berlaku di antara tahun ke-7 hingga 10 kerasulan baginda. Mereka menderita selama tiga tahun hidup tanpa air dan makanan selama beberapa waktu. Keluarga Bani Hashim terus dipulau kerana Abu Talin enggan menyerahkan Muhammad. Mereka mendapat perlindungan di rumah Shu’ab Abu Talib berhampiran sebuah bukit kecil berhampiran Khaabah. 2

Pada saat genting perjuangannya untuk berdakwah islam baginda kehilangan orang-orang penting. Setelah berakhir pemulauan hasil daripada perundingan, baginda telah kehilangan bapa saudaraanya Abu Talib dan Isteri yang sangat dicintai.

Pelbagai lagi penentangan kaum Quraisy sehinggakan sanggup menganiaya Nabi Muhamma SAW seperti Uqbah bin Abi Muith menjerat leher Nabi ketika baginda sedang shalat dalam Masjid Haram dan penganiayaan ke ats kaum muslimin cukup ketara sehinggakan Bilal bin Rabah diheret dan diterlanjangkan dibawaah terik matahari. Akhirnya Nabi Muhammad SAW membenarkan merekaa ber Hijrah ke Habsyah. Umat islam semakin ramai menyebab kaum Quraisy semakin tertekan dan akhirnya mereka merancang untuk membunuh Nabi. Seterusnya datang perintah dari Allah untuk baginda berhijrah.

Namun baginda terus berdakwah penuh dengan hikmah dan kebijaksanaan. Demikian diantara tentangan yang dihadapi Rasululluh dari kaum Quraisy.

HIJRAH
Hijrah yang pertama dalam kehidupan Rasulullah SAW ialah ke Habsyah. Setelah Rasulullah SAW melihat penyiksaan orang-orang Quraisy terhadap baginda dan penderitaan pengikut baginda yang amat sangat dan baginda tidak sanggup lagi untuk melindungi mereka, maka Rasulullah SAW sendiri mengemukakan pandangan supaya umat yang kecil bilangannya berhijrah ke Habsyah (Ethiopia). Raja Habsyah ketika itu iaitu Najasyi adalah seorang raja yang tidak zalim. Mereka dianjurkan tinggal di sana buat sementara waktu sehingga Allah SWT membuka jalan dan kelapangan. Kaum muslimin pun berhijrah beramai-ramai. Antara mereka termasuklah Uthman bin Affan bersama isterinya Ruqaiyah puteri Rasullullah SAW, Abu Huzaifah dan isterinya, Al-Zubir bin Awwam, Mus’ab bin Umair dan Abdul Rahman bin Auf. Jumlah mereka semua ialah lapan puluh orang.

Mereka pulang ke Makkah setelah mendapat berita bahawa penduduk Makkah telah ramai yang memeluk Islam. Namun berita itu adalah palsu dan mereka terpaksa masuk ke Makkah secara bersembunyi dan mendapat pertolongan daripada beberapa orang pembesar Makkah. Najasyi akhirnya memeluk Islam.

Ada beberapa pengajaran daripada hijrah yang pertama ini :-
i) Berpegang teguh dengan agama serta menegakkan rukun-rukunnya merupakan asas dan perisai segala kekuatan.
ii) Agama, harta benda, kebebasan dan kemuliaan serta negara mestilah dipertahankan dari sebarang pencerobohan.
iii) Bila keadaan memaksa harus berlindung dengan orang-orang bukan Islam, asalkan tidak menyebabkan Islam menjadi bertambah lemah. Jika syarat ini tidak dipenuhi diharamkan orang-orang Islam meminta pelindungan kepada orang-orang bukan islam.

Hijrah ke Madinah.
Setelah pengikut Rasulullah SAW meningkat kepada tujuh puluh orang, baginda terasa tenang dan agak lega hati. Mereka ini masing-masing mempunyai kepakaran di dalam peperangan persenjataan dan pertolongan. Di samping penyiksaan oleh orang-orang kafir Quraisy makin bertambah-tambah terhadap para muslimin, maka mereka pun mengadu kepada Rasulullah SAW dan meminta izin untuk berhijrah. Rasulullah SAW pun menjawab :-

“Sesungguhnya aku telah pun diberitahu akan tempat perpindahan (hijrah) kamu, tentu Yathrib. Siapa sahaja yang ingin berpindah bolehlah berpindah kesana. ”

Kemudian para sahabat Rasulullah SAW telah berhijrah secara bersembunyi kecuali Saidina Umar yang berhijrah secara terang-terangan. Hanya baginda Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Saidina Ali beserta mereka yang diseksa di dalam kurungan serta mereka yang tidak berdaya kerana sakit sahaja yang tinggal belum berhijrah.

Rasulullah SAW dan sahabat akrabnya Abu Bakar R. A kemudiannya telah menyusun strategi penghijrahan mereka. Setelah melalui pelbagai rintangan bersembunyi di Gua Thur, meredah padang pasir yang dilingkungi musuh dan melalui persisiran pantai, Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar telah selamat sampai dan disambut meriah di Quba. Baginda juga bertemu dengan Saidina Ali di situ. Baginda singgah di rumah Kalthum bin Hudm dan di Quba ini Rasulullah SAW telah mengasaskan sebuah masjid. Masjid inilah yang merupakan masjid pertama dibina di tanah Arab. Rasulullah SAW mula menjejak kaki di Madinah pada dua belas haribulan Rabiul Awwal.

Penghijrahan ini kemudiannya disusuli dengan berbagai usaha mulia yang dilaksanakan oleh baginda Rasulullah SAW demi masyarakat baru Madinah al-Munawwarah.


MUKJIZAT RASULULLAH SAW.
Segala keistimewaan yang berlaku kepada Rasulullah adalah merupakan mukjizat yang dikurniakan oleh SWT untuk membuktikan kenabian dan kerasulan baginda. Antara contoh mukjizat baginda ialah :-
i) Memancar air dari celah jari-jemari baginda sehingga dapat menghilangkan dahaga para askar yang sedang kehausan yang amat sangat.
ii) Sebatang pohon yang pernah Rasulullah SAW berkhutbah di atasnya menangis setelah dibuatkan mimbar khas, baginda tidak lagi berkhutbah di atasnya.
iii) Baginda memberitahu puterinya Fatimah bahawa beliau adalah orang yang pertama akan menyusul selepas kewafatan baginda. Ini benar-benar berlaku. 1
iv) Peristiwa Isra dan Mikraj di mana Rasulullah SAW bertemu dengan Allah SWT dan diperlihatkan berbagai-bagai keajaiban di langit kepada baginda dalam masa semalaman sahaja.

Semua mukjizat yang berlaku kepada Rasulullah SAW termasuk peristiwa Isra dan Mikraj memberikan gambaran tentang kekuasaan Allah SWT dan kebenaran nabi dan rasul-Nya. Kerasulan nabi Muhammad SAW sama sekali tidak dapat ditolak oleh akal fikiran manusia. Allah SWT juga memberikan perisytiharan kepada seluruh kaum musyrikin setiap masa dan di mana saja mereka berada bahawa segala macam gangguan dan penyiksaan yang dilakukan terhadap Rasulullah SAW tidak akan dibiarkan oleh Allah SWT tanpa bantuan dan pertolongan.

KEWAFATAN RASULULLAH SAW
Setelah dakwah Islamiyah sempurna dan Islam mengusai suasana maka tanda-tanda dan bahasa pengucapan selamat tinggal kepada dunia dan manusia seluruhnya tertera di dalam ucapan-ucapan dan ungkapan-ungkapan Rasulullah SAW melalui perbuatan dan perbualan baginda.

Di dalam bulan Ramadhan tahun ke sepuluh Hijrah baginda beritikaf di masjid selama dua puluh hari, sedangkan sebelum itu baginda beritikaf hanya sepuluh hari sahaja. Di dalam tempoh itu Jibril A. S menemui baginda untuk membuat ulangan dari tadarus al-Quran sebanyak duakah. Di dalam Hajjah al-Wada baginda telah menyebut “ Sebenarnya berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu lagi selepas pertemuan kita di dalam tahun ini. ” Surah al-Nasr turun di pertengahan hari-hari tasryik darinya baginda mengetahui bahawa itu adalah ucapan selamat tinggal dan pemberitahuan tentang pemergian baginda untuk mengadap Allah SWT. Peristiwa kewafatan Rasulullah SAW berlaku pada pagi Isnin 12 Rabiul Awwal tahun kesebelas Hijrah di waktu usia baginda 63 tahun 4 hari. Rasulullah wafat di pangkuan Aisyah R. A.

PENUTUP
Demikianlah sejarah Rasulullah SAW menghidangkan kepada kita sejambak contoh peribadi unggul sebagai uswah hasanah. Peribadi yang dipercayai dari kalangan sahabat dan keluarga. Peribadi yang menyeru ke jalan kebenaran dengan sabar, bijaksana dan lemah lembut. Seorang pejuang yang mengorbankan seluruh hidupnya untuk menegakkan agama Allah. Seorang Ketua Negara yang mendayung teraju pemerintahan dengan cekap dan pintar. Seorang suami yang halus pegaulannya. Seorang bapa yang amat memahami, perihatin, teliti serta bijak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap anak dan isteri. Seorang Panglima Perang yang tangkas dan bijak menyusun strategi. Seorang hamba yang bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah SWT, keluarga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang berurusan dengannya, itulah Muhammad bin Abdullah, kekasih Allah yang dikurniakan segala kemuliaan.


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com