Perjuangan Rasulullah SAW

Nabi Muhammad SAW adalah makluk pilihan dan rasul contoh merupakan seorang manusia yang sanggup melakukan satu perjuangan yang begitu besar dan hebat. Perjuangan untuk menegakan aqidah tauhid di tengah-tengah masyarakat jahilliyah di mana kehidupan mereka jauh terpesong dari landasan agama yang benar. Perjuangan menentang kezaliman dan penindasan kepada keadilan menuntut pengorbanan yang tidak terhingga banyaknya, dari segi aspek fizikal, mental dan spiritual. Namun semua itu dapat dihadapi dan dilaksana oleh Nabi Muhammad SAW dengan pimpinan dan pertolongan Allah SWT. Oleh yang demikian baginda telah menperolehi kejayaan dengan lahirnya umat islam dan terbentuknya negara islam pertama iaitu Madinah al-Munawwarah.

Bermulanya Perjuangan Rasulullah SAW

 terutama ketika usianya mendekati 40 tahun semata-mata untuk tahanus. Maksud tahanus ialah tabarrur. Tabarrur pula bererti berbuat bakti. (Zainal Ariffin, 1985 ; hal. 113). , terletak di Jabal an-Nur iaitu kira-kira 6 batu jauhnya dari Kota Makkah. Baginda sering berulang-ulang ke Gua HiraPerjuangan baginda bermula setelah baginda diangkat menjadi rasul. Kerasulan baginda berlaku selang 40 hari baginda menerima wahyu pertama sekaligus menandakan baginda telah menjadi nabi. (Adullah Al-Qari, 1985: hal 89). Peristiwa menerima wahyu pertama melalui perantaraan malaikat jibril a. s berlaku pada 17 ramadhan tahun 41 dari umur Nabi SAW. Ketika baginda sedang berkhalwat di dalam Gua Hira

Manakala ahli-ahli sejarah angkatan pertama seperti Ibnu Hisyam di dalam Siratun Nabi menyebut asal perkatan tahannus adalah dari kalimah tahannuf dan tahannuf ini dari hanif, iaitu mencederongkan diri kepada Allah dan mengikuti agama Ibrahim. (Zainal, 1985: hal112). Jika diperhatikan kepada amalan khalwat dan tahannus rasullulah SAW di sepanjang bulan ramadhan setiap tahun, jelas menunjukkan kepada kita bahawa baginda mempunyai maksud tertentu terutama dalam usaha baginda memantapkan jiwa serta mengumpul dan membulatkan fikiran yang kian hari kian bergolak. (Zainal, 1985: hal 114)

Pemilihan Gua Hira’ ini amat berkepatan dengan usaha pemantapan jiea baginda agar tidak gentar dan melenyapkan rasa takut serta melatih diri hidup dalam keadaan kesusahan. Melalui jiwa seperti inilah baginda mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diperintah Allah sebagai penolong dan pemimpin bagi seluruhan alam. Kesimpulannya, segala susah payah baginda untuk smpai dan berada di Gua Hira’ itu boleh dianggap sebagai perjuangan-perjuangan yang lebih besar di masa-masa akan datang.
Setelah beberapa ketika lamanya menghilangkan diri, malaikat Jibril a. s datang buat dua kalinya menemui rasullulah SAW dalam bentuk rupanya memenuhi ruangan di antara langit dan bumi serta melaungkan dengan kuatnya dengan kata-kata berikut:

Maksudnya:” Wahai Muhammad! Sekarang ini engkau rasullulah dan aku adalah maliaikat Jibril! (Khalid, 1994: hal. 39)

Nabi Muhammad segera pulang dan menyuruh Khadijah menyeliputinya. Lalu Jibril a. s datang membaca wahyu:

Maksudnya:” wahai orang berselimut! Bangunlah lalu peringatkanlah (manusia). Dan tuhan engkau, hendaklah engkau besarkan. Dan pakaian engkau hendaklah engkau bersihkan. Dan perbuatan dosa, hendaklah engkau tinggalkan. Dan jangan engkau memberi (kerana hendak) mendapat (balasan) yang lebih banyak. Dan kerana (memenuhi perintah) Tuhan engkau, hendaklah engkau bersabar. ” (Al-Mudaththir 1-7)

Turunnya ayat ini menandakan secara resminya Nabi Muhammad SAW menjadi rasullulah bagi menerima segala titah perintahNya untuk menjadi rahmat pada sekelian manusia, jin serta alam seluruhnya. Sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah SWT:

Maksudnya :” Dan tidak Aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam. ” (Al-Anbiya’:107)

Justeru itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab baginda rasullulah SAW membawa risalah yang besar iaitu risalah tauhid kepada seluruh alam manusia agar mereka tunduk dan memyerah dan menghambakan diri di bawah keesaan Allah SWT.. risalah tauhid inilah yang diperjuangankan hingga ke akhir hayat baginda.

Pendekatran perjuangan Rasullulah SAW
Perjunagan rasulluh SAW dalam menegakan kalimah tauhid:
Bolehlah dikatkan dengan gerakan dakwah dan jihad baginda. Hal ini boleh diperhatikan melalui firman Allah SWT :

Maksudnya:” Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dariTuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu) kamu tidak menyampaikan risalahNya, padahal Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. ” (Al-Maidah: 67)

Islam adalah agama wahyu, agama risalah yang merupakan pesanan ketuhanan yang mesti disampaikan kepada semua lapisan umat manusia. Islam adalah agama dakwah dimana semua umat islam berkewajbkan mengajak manusia dengan dengan segala macan cara dan media, agar menerima kebenaran agama Allah, menyakini dan mengamalkannya dalam segala aspek kehidupan.
Said Ramadhan Al-Buti menulis dalam bukunya Fiqh Al-Sirah menyatakan bahawa Rasululah SAW. dalam usaha dakwahnya telah menlalui beberapa peringkat yang berlainan iaitu:
Peringkat pertama: Seruan secara sulit memakan masa selama tiga tahun.
Peringkat kedua: Seruan secara terang-terangan tanpa kekerasan berjalan sehingga berlakunya hijrah.
Peringkat ketiga: Dakwah secar terang-terangan menggunakan senjata untuk menpertahankan diri berjalan sehingga pembukaan Makkah.
Peringkat keempat: Dakwah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan dakwah. Dalam peringkat inilah dipraktikan syari’at-syari’at islam dan perintah jihad pun diturunkan.
Secara ringkasnya, peringkat pertama dan kedua merupakan peringkat dakwah baginda SAW. di Mekah dan peringkat berikutnya adalah semasa baginda di Madinah.

a) Dakwah di Makkah

Pada peringkt awal dakwah rasulullah SAW. di Makkah berlaku secara sulit. Ianya dijalankn sedemikian agar orang kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya kerana mereka terlalu fanatik dengan penyembahan berhala. Oleh itu sebagai langkah utama, seruan baginda adalah kepada mereka yang paling hampir atau yang rapat dengan baginda sahaja. Mula-mula risalah tauhid ini disampaikan kepada isteri baginda iaitu Khadijah yang muncul sebagai orang pertama memeluk islam. kemudian diikuti dengan “Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah (orang suruhsn dan anak angkat nabi), Abu Bakar bin Quhafah, Uthman bin Affan, Al-Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi waqqas dan lain-lain lagi. (Said Ramadhan, 1983: hal 92). Hakikat yang nyata ialah mereka yang terdekat dengannya dan kenal sepenuhnya segala sesuatu berhubung dengan kehidupan dan baginda adalah merupakan orang-orang yang terawal memeluk islam. Ini membuktikan mutlaknya kebenaran dan kesucian agama ini.

Dakwah ini dirahsiakan sehinggakan rasulullah SAW. terpaksa ke gua-gua di lereng-lereng bukit untuk menunaikan sembahyang bersama-sama sahabat-sahabatnya supaya tidak di lihat orang lain. Pada suatu ketika perbuatan baginda telah di lihat oleh bapa saudaranya, Abu Talib, lalu ia bertanya kepercayaan baru apakah yang telah dianuti olehnya. Rasulullah telah menjawab bahawa ia adalah agama neneknya, Ibrahim. A bu Talib kemudian berkata, walaupun beliau tidak menerima agama ini, tetapi ia membenarkan rasulullah SAW. menganutinya dan terus menlindunginya. (Siddiqi, terj. Abdul Rahman, 1985:hal 72).

Ketika pemeluk agama islam meningkat kepada tiga puluh orang lelaki dan perempuan, maka rasulullah SAW. pun telah memilih stu tempat yang agak terpencil sedikit iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Disitulah bagindamenyampaikan segala taklimat, tunjuk ajar dn nasihat. Akhirnya pengikut baginda yang memeluk islam telah meningkat kepada hampir empat puluh orang yang kebanyakkanya adalah terdiri daripada fakir miskin dan hamba sahaya yang tidak menpunyai tempat dalam masyarakat quraisy. (Said Ramadhan, 1983: hal 92 & 93)

Hikmah dakwah secara rahsia atau sulit bukanlah bererti baginda takut sesuatu akan menimpa keatas dirinya. Tetapi adalah untuk menpastikan mereka yang memeluk islam ini benar-benar cenderung dan minat kepada seruan dakwahnya. Disamping sbagai pengajaran kepada pendakwahnya di masa akan datang supaya berhati-hati dan bewaspada ketika menjalankan tugas serta mengkajinya dengan penuh teliti untuk sampai kepada matlamatnya dan tujuan dakwah.
Setelah tiga tahun dakwah secara sulit ini berlalu, maka turunlah perintah untuk berdakwah secara terang-terangan sebagimana firman Allah SWT.

Maksudnya : “Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang telah diperintahkan (kepadamu) dan berpalingkah daripada orang musyrik (Al-Hijr : 94 & 95)

Menyahut seruan Allah SWT. ini, rasulullah SAW. dengan seluruh keimanan dan keazamannya mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi baru ini. Langkah pertama yang di ambil baginda ialah dengan mengumpul Bani Fihr dan Bani Adi diatas bukit safa. Kesemua mereka turut hadir dalam perjumpaan itu. Bagi yang uzur terpaksa menghantar wakil peribadi. Disitulah nabi bangun lantas berkata: Apakah kamu sekalian akan percaya atau tidak sekirnya aku ceritakan bahawa di sebalik bukit ini ada sekumpulan musuh akan yang akan menyerang kamu. Jawab mereka : Sudah tentu kami akan percaya kerana kami belum pernah pernah lagi mendengar kamu berdusta. Kemudian rasulullah SAW. menambah: Sesungguhnya aku ini pembawa berita yang menakutkan iaitu dihadapanku ini ada suatu azab sengsara yang paling hebat. Abu lahad pun bangun lalu menjawab: “Binasalah engkau hai Muhammad, apakah untuk ini sahaja yang engkau kumpulkan kami ?” Selepas itu maka turunlah ayat ayat Al Quran iaitu suruh Al Masad. (Said Ramadhan, 1983: hal. 100)

Kemudian baginda menggunakan pendekatan yang telah ditunjukajarkan kepadanya oleh Allah SWT. dalam firmannya:

Maksudnya: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang dekat. Dan rendahkan dirimu kepada orang-orang yang mengikutimu iaitu orang-orang yang beriman. ” (Al-Syu’ara’ : 14 & 15)

Sebagai menyahut seruan Allah di atas, rasulullah telah mengumpul kaum kerabatnya seperti Ka’b bin Luai, Bani Murran bin Ka’b, Bani Hasyim, Bani Abdul Manaf, Bani Abdul Muttlib serta anaknya Fatimah dan menyeru mereka menyelamatkan diri dan hindarkan mereka dari api neraka. Namun sseruan baginda telah mendapat reaksi negatif dari kaum Kafir Quraisy dengan alasan mereka tidak sanggup meninggalkan agama lama mereka yang di warisi dari datuk nenek mereka yang telah sebati dan telah menjadi darah daging. Justeru itu rasulullah SAW. telah menegaskan yang mereka terpaksa dibebaskan dan direvolusikan mental dan cara pemikiran dari belenggu taqlid dan cuba menggunakan akal fikiran dan lojik serta menerangkan kepada mereka di mana berhala yang diperbuat daripada batu kemudian disembah itu langsung tidak menberi faedah atau membahayakan mereka. (Said Ramadhan, 1983: hal. 101)

Natijah daripada kencaman rasulullah SAW. terhadap berhala dan penyembahannya, menperhinakan cara permikiran mereka, baginda telah ditentang habis-habisan oleh Kafir Quraisy kecuali mereka yang telah memeluk islam serta bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Mereka inilah yang sentiasa menpertahankan rasulullah SAW. dari serangan-serangan Kafir Quraisy. (Said Ramadhan, 1983: hal. 102)

Diantara contoh-contoh tentangan dan cabaran yang dihadapi dalam perjuangan baginda SAW. ialah dalam bentuk yang hina dan ejekan. Namun segala-galanya tidak sedikit pun menghalang baginda dari jalan perjuangan yang telah dipilihnya dan ini menbuktikan betapa besarnya kesabaran serta ketabahan baginda. Adalah menjadi pengalaman biasa bagi rasulullah SAW. menemui duri-:duri yang dilemparkan diatas jalan yang dilaluinya oleh ketua-ketua masyarakat, menbuat bising ketika baginda sembahyang, perut-perut binatang yang kotor diletakkan diatas belakangnya ketika baginda sujud, lehernya diikat dan dijerut sehingga terbeliak matanya, dan lain-lain lagi. Namun semua tindakan biadap ini gagal untuk menghentikan baginda daripada terus menperjuangkan matlamatnya. Kemudian ahklak dan keimanan yang teguh telah menanagkan beliau. (Na’eem Siddiqui, 1985: hal. 78 & 79).

Apabila penhinaan dan ejekan tidak meninggalkan kesan, helah secara dan secara halus pula digunakan oleh Kafir Quraisy. Antaranya ialah dengan mengemukakan beberapa tawaran serperti harta kekayaan, kepimpimnan atau akan dilantik menjadi raja seandainya baginda sanggup meninggalkan perjuangannya sebagaimana yang terdapat dalam cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Utbah bin Rabia ketika dihantar menemui rasulullah SAW. (Na’eem Siddiqui, 1985: hal. 88)

Segala bentuk penindasan dan kekejaman ini bukan ditujukan kepada rasulullah SAW. seorang sahaja, malahan sesiapa sahaja dari pengikut-pengikutnya turut merasainya. Bilal bin Rabah dihumbankan diatas pasir yang panas terik dan seketul batu yang besar diletakan diatas dadanya namun lidahnya sentiasa menyebut “Ahad, Allah Ahad. ” Ammar bin Yasir, dilemparkan diatas pasir yang panas dan dipukul sehingga pengsan. Keluarganya dianayai dengan dilemparkan kedalam air dan dipaksa baring diatas besi yang panas menbara. Summaiyah, ibu Ammar pula telah ditikam sehingga mati oleh Abu Jahal. Zunairah, seorang hamba perempuan yang berkerja di rumah Saidina Umar, telah di belasah dengan teruk oleh Abu Jahal sehingga kehilangan kedua-dua belah matanya. (Na’eem Siddiqui, 1985: hal. 93 & 94). Apa yang diyatakan di atas hanya sebilangan kecil contoh insan yang kuat iman dan semangat juang yang kental bagi memastikan islam tertegak di muka bumi Allah ini. Kemuncak dari seluruh rentetan peristiwa-peristiwa yang menyayat hati ini ialah usaha Kafir quraisy menamatkan riwayat baginda SAW.

Di tengah-tengah pemusuhan dan tindakan-tindakan penindasan yang kian meningkat, peristiwa Isra’ dan Mi’raj telah menberikan kekuatan baru kepada rasulullah SAW dan para pengikutnya. Begitu juga bai’ah (ikrar) yang diberikan oleh orang –orang Ansar telah menbuka medan perjuangan baru. Apa yang nyata Makkah bukanlah tempat yang boleh bertolak ansur dan kemuliaannya untuk menjadi pusat gerakan islam telah hilang. Kemuliaannya kini telah berpindah kepada Madinah dengan turunnya Wahyu yang menbayangkan keizinan berhijrah: Maksudnya: “Sesungguhnya mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan nyawanya pada jalan Allah..... (Al-Anfal ; 72)


b) Dakwah di Madinah.
Penghijrah rasulullah SAW. dan pengikut-pengikutnya ke Yahtrib atau nama barunya Madinah Bandar Nabi telah menbuka dimensi baru dalam perjuangan baginda. Sekiranya dakwah di Makkah berjalan dalam keadaan yang serba tertekan, sebaliknya Madinah menyediakan medan bagi penyebaran islam secara aman. Disamping meneruskan usaha pemantapan akidah dan dakwah, agenda baginda di Madinah ialah merialisasikan islam dari aspek-aspek syariah, akhlak serta menyatukan masyarakat di bawah satu kesatuan yang dinamakan sebagai umat islam. Justeru itu baginda telah mengambil beberapa langkah ke arah perubahan baik dari segi sosia-budaya, politik mahu pun kenegaraan. Diantara langkah-langkah tersebut ialah:

1. Mempersaudarakan orang-orang Ansar dan Muhajirin dimana orang-orang Ansar bukan setakat melindungi keselamatan orang-orang Muhajirin malahan memberi tempat tinggal, harta benda, isteri dan lain-lain sehingga mereka dapat hidup dengan baik di Madinah.

2. Melaksanakan syariat dengan turunnya perintah berpuasa, zakat atau haji di mana semua rukun Islam ini dapat dilaksanakan dengan baik. Disinilah juga Rasulullah saw berpeluang mendrikan masjid-masjid seperti Masjid Qubaa’ dan Masjid an-Nabawi sebagai tempat ibadat, pendidikan dan pengajaran, juga sebagai tempat menguruskan hal negara Islam.

3. Melaksanakan Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah), di mana orang-orang Islam yang terdiri dari pelbagai golongan itu bebas menjalankan seruan Islam di sekitar Madinah, malah bebas pula memperkenalkan agama ini kepada pedagang-pedagang yang singgah berniaga di kota ini. Dengan wujudnya Perlembagan Madinah ini, maka terbentuklah sebuah negara baru iaitu sebuah negaa Islam yang pertama di dunia di bawah pimpinan Nabi Muhammad saw sebagai Ketua Negara, Hakim Besar dan Panglima Tertinggi. Melalui perlembagan ini juga Rasulullah secara halus telah berjaya menyekat sebarang usaha orang-orang Yahudi dari menjalankan sebarang kegiatan untuk berhubung dengan musuh-musuh Islam yang berada di luar Kota Madinah.

Walapun dakwah di Madinah ini nampak lancar, Rasulullah saw masih tetap menghadapi beberapa masalah yang rumit dan halus. Selain dari terpaksa menghadapi masalah orang-orang Muhajirin dan Ansar, Rasulullah juga berdepan dengan masalah yang ditimbulkan dari 4 goongan manusia yang lain iaitu :

a) Golongan Mu’aahid (Golongan Yang Berdamai) iaitu golongan Yahudi yang telah membuat perjanjian dengan Nabi Muhammadsaw dalam Sahifah Madinah.
b) Golongan Munafiqiin (Golongan Pura-pura Islam) iatu penduduk Madinah yang takut menentang Pemerintahan Islam secara terang-terangan lalu melakukan gerakan bawah tanah untuk menghancurkan Perintahan Nabi dan umat Islam.
c) Golongan Kafir Musyrik iaitu kaum Quraisy dan Pemerintah Mekah dan yang bersekutu dengannya.
d) Golongan Atas Pagar iaitu golongan yang suka mengambil peluang dengan melihat siapa yang kuat, maka pihak itulah yang akan disokong atau menjadi tempat perlindungan. Mereka ialah sebahagian besar suku-suku kabilah Arab yang belum depengauhi oleh mana-mana pihak (Abdullah Al-Qari1985:hal. 182 &183)

Sesungguhnya perjuangan dakwah Rasulullah saw bukanlah melalui mata pedang dan kekerasan, tetapi dengan penubuhan negara islam mengundang bahaya bagi kota Madinah. Kemuncak kemarahan kafir musyrik Mekah menyebabkan mereka bersiap sedia untuk mengangkat senjata dan menanti saat sahaja intuk memulakan peprangan. manakala orang-orang Yahudi pula secara diam-diam memulakan gerakan jahat mereka. Dalam keadaan yang tegang inilah turunya perintah Allah agar berperang di jalan Allah:

Maksudnya: “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang melampaui batas”
 (Al-Baqarah: 190)

Faktor-faktor Kejayaan Perjungan Rasulullah SAW.

Diantara factor-faktor kejayaan rasulullah SAW. ialah:

1. Istiqamah dalam memikul tanggungjawab Yang di amanahkan kepadanya oleh Allah SWT. mwnyampaikan risalah tauhid kepada seluruh umat manusia.
2. Akidah yang mantap menjadikan rasullullah SAW. dan pengikut-pengikutnya sentiasa bersemangat waja dan tidak takut serta gentar menghadapi segala tekanan, penindasan dan serangan dari musuh-musuh Islam.
3. Akhlak rasulullah SAW. sendiri yang tidak sukakan kekerasan. Baginda tidak pernah menekan orang lain dengan keistimewaan yang ada padanya. Tidak pernah berlebihan dalam percakapannya dan tidak menghina sesiapa. Sebaliknya baginda tunduk menahan sabar terhadap segala penghinaan yang dilakukan oleh orang lain kepadanya. Sikap inilah yang telah memenangi hati musuh-musuhnya sementara pengikutnya tetap setia kepadanya.
4. Sentiasa mendapat bimbingan, petunjuk dan pertolongan daripada Allah SWT. Malahan selaku kekasih Allah SWT., doa baginda sentiasa dimakbulkan Allah SWT.

Kesimpulan
Dari penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa Nabi Muhammad SAW. adalah pejuang yang terunggul di dunia. Semangat perjuangan baginda seharusnya menjadi contoh kepada seluruh pejuang-pejuang agama Islam masa kini dan akan datang. Tidak ada seorang isan pun yang manpu menandingi kehebatan baginda rasulullah SAW. sehingga manpu menbangunkan agama yang besar ini.


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com