Peranan Manusia Kepada Allah s.w.t.

Peranan dan tangungjawab bagi setiap orang Islam menurut hokum syarak, dimulai dengan tanggungjawab manusia terhadap Allah SWT., diasaskan terlebih dahulu dengan akidah atau keimanan manusia terhadap-Nya. Orang yang tidak beriman dan tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, sememangnya nerakalah tempat mereka.

Bagi umat Islam, mereka memang berkehendak dan mahu masuk syurga dan bukan neraka. Di samping amalan untuk akhirat, orang Islam juga ingin menikmati hidup di dunia ini. Allah SWT sedia memberi dua kenikmatan hidup di dunia dan di akhirat dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat-syarat utama ialah pertama beriman dengan penuh yakin terhadap Allah SWT. Syarat kedua pula ialah mengerjakan segala perintah –Nya dan meninggalkan segala larangan – Nya.

Apabila seseorang telah mengenal bahawa dirinya ciptaan Allah SWT, maka seseorang itu haruslah berperanan bertanggungjawab, dan berkewajipan mengenal Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Wajib mengenal Allah adalah fardhu ain bagi setiap umat Islam. Jika seseorang yang belum tahu itu enggan belajar ilmu Tauhid iaitu Ulum mengenal Allah SWT, maka orang itu adalah berdosa.

Beribadah adalah satu peranan dan tanggungjawab manusia kepada Allah. Ibadah atau pengabdian diri kepada Allah SWT bermaksud patuh, taat setia, tunduk dan menyerahkan diri kepada sesuatu. Rukun Islam haruslah dilaksanakan bagi umat Islam supaya dapat menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

Al – Maududi mengatakan bahawa ibadah bermaksud pengabdian hati yang digambarkan melalui perlaksanaan atau amalan.

Ibadah solat adalah rukun Iman yang kedua yang dilakukan sebanyak lima waktu sehari semalam. Solat merupakan satu tanggungjawab setiap umat Islam, mengabdikan diri beribadat menyembah Allah SWT. Bagi mereka yang tidak mengerjakan sembahyang adalah berdosa besar dan akan terjerumus ke api neraka di akhirat kelak.

Di dalam kitab Al-Quran tedapat beratus-ratus firman Allah yang memerintah umat Islam supaya mendirikan solat. Firmannya yang bermaksud : “ Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) ; Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya).
 (Surah Al-Ankabut : Ayat 45)

Kesan yang dapat dari perlaksanaan ibadat solat yang sempurna adalah solat merupakan membersihkan seseorang muslim dari segi zahir dan batin, iaitu melalui penyucian diri dan daya pembersihan hati dari sesuatu yang lain dari Allah dengan penuh khusyuk dan ikhlas.
Selain itu, peranan dan tanggungjawab manusia terhadap Allah ialah dengan berpuasa di bulan Ramadhan pada tiap-tiap tahun. Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum.

Ibadat puasa ini diwajibkan kepada semua umat Islam. Berpuasa hendaklah dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu. Antaranya ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa. Antara firman Allah SWT. yang bermaksud : “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kaum, supaya kamu bertaqwa “. (Surah Al-Baqarah : Ayat 183)

Ada beberapa hikmah dan faedah kepada orang-orang yang berpuasa. Antaranya ialah untuk melatih diri dari menurut hawa nafsu dan kejahatan, di samping supaya dapat kesedaran dan keinsafan bagaimana keadaan orang miskim menanggung kelaparan.

Seterusnya, ibadat zakat merupakan fardu ‘ain yang mewajibkan umat Islam yang cukup kemampuannya supaya mengeluarkan zakat. Zakat ialah sebahagian kecil dari harta simpanan atau perniagaan, pertanian dan ternakan dengan tujuan membantu orang-orang yang fakir miskin.

Perintah mengeluarkan zakat ini banyak disebut di dalam Al-Quran. Firman Allah tentang zakat ini biasanya berserta dengan perintah supaya mendirikan sembahyang yang bermaksud : “ Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat “. (Surah Al-Baqarah. Ayat 43).

Kesan yang boleh diambil dari amalan zakat ialah dapat membersihkan jiwa dari mencari harta duniawi. Selain itu zakat dapat memberi keseimbangan terhadap orang-orang yang tidak bernasib baik (yakni miskin) supaya mereka juga dapat hidup seperti orang yang bernasib baik (yakni kaya). Akhir sekali zakat juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara orang-orang kaya dengan orang-orang miskin.

Selain itu, peranan dan kewajipan umat Islam terhadap Allah ialah mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah. Kewajipan ini wajib bagi umat Islam yang berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. (Surah Ali-Imran. Ayat 97).

Terdapat kesan-kesan yang didapati dari ibadat haji ialah dapat meneguhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan memuji kebesaran dan keagungan-Nya. Di samping itu, umat Islam dapat mendisiplinkan diri dengann mematuhi larangan-larangan yang telah ditetapkan semasa mengerjakan ibadat tersebut.

Kesimpulannya, ibadah-ibadah rukun islam ini haruslah dilaksanakan kepada umat Islam bagi memenuhi peranan serta tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT. serta menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP DIRI SENDIRI

Manusia adalah makhluk Allah SWT. yang sangat indah bentuk tubuh badannya jika dibandingkan dengan haiwan dan makhluk-makhluk lain di bumi ini. Bukan sekadar tubuh badan tetapi Allah juga mengurniakan akal fikiran untuk membolehkan manusia dapat membezakan antara baik dan buruk.

Walau bagaimanapun, dengan akal fikiran sahaja tanpa disertai dengan belajar atau menuntut ilmu, manusia akan sesat dan bodoh serta hidupnya tidak terarah kepada jalan yang betul.

Ilmu adalah suatu alat yang paling berguna supaya dapat menjalankan tugas sebagiahamba Allah SWT. Dengan ilmu pengetahuan seseorang itu dapat mencapai kedudukan atau adrjat yang tinggi. Firman Allah : “ Dan apabila diminta kamu bangun maka nescaya bangunlah, nescaya Allah meninggikan darjat orang-orang yan gberilmu di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. (Surah Al-Mujadalah. Ayat 11).

Ilmu pengetahuan yang wajib dipelajari oleh umat Islam itu amat luas. Tetapi yang wajib dipelajari ialah ilmu fardu ‘ain dan fardu kifayah.

Ilmu fardu ‘ain ialah ilmu untuk membolehkan setiap orangn Ilam mengerjakan kewajipan yang dituntut oleh agama seperti mengerjakan sembahyang, puasa, mengerjakan haji dan sebagainya. Selain itu, termasuklah ilmu pengetahuan bagaimana menjaga akhlak dan akidah.

Fardu kifayah pula ialah kewajipan yang dikerjakan oleh beberapa orang sahaja, maka semua masyarakat Islam yang lain akan bebas daripada kewajipan itu. Antaranya ialah sembahyang lima waktu secara berjemaah, menjawab salam dalam satu kumpulan, menguruskan jenazah, menziarahi orang Islam yang sakit dan sebagainya.

Ilmu pengetahuan yang difardukan itu terbahagi kepada dua iaitu ilmu syariat dan ilmu bukan syariat. Ilmu syariat ialah ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada Nabi Muhammad SAW. dan ilmu bukan syariat pula terbahagi kepada dua bahagian ialtu ilmu yang terpuji dan ilmu yang diharuskan.

Ilmu yang terpuji ialah ilmu yang ada hubungan dengan kepentingan danurusan duniawi. Contohnya ilmu perubatan dan ilmu kira-kira. Ilmu perubatan penting untuk kegunaan manusia dan kehidupan dan ekonomi. Sekiranya tiada orang Islam yang berkelayakan sebagai doktor, nescaya susahlah masyarakat di sesuatu tempat untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, banyak lagi ilmu pengetahuan keduniaan terpuji yang wajib dituntut.. Misalnya, ilmu-ilmu pengetahuan tentang politik, pentadbiran, institusi membuat pakaian, perumahan, kejuruteraan, pertanian, pembuatan barangan keperluan, kaji bumi dan pelbagai lagi ilmu pengetahuan yang berupa keduniaan tetapi penting untuk kehidupan umat Islam.

PERANAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP KELUARGA

Struktur sesebuah masyarakat adalah terbentuk dari kelompok-kelompok keluarga. Di dalam tempoh dua atau tiga generasi atau lapisan keturunan, keluarga yang berasal daripada dua orang iaitu suami dan isteri telah berkembang. Di dalam proses pekembangan inilah terjadi pelbagai keadaan tentang penghidupan qada’ dan qadar masing-masing.

Tanggungjawab dan kewajipan seseorang yang paling penting kepada ahli keluarganya ialah memberi pendidikan agama yang secukupnya. Di dalam Al-Quran Allah berfirman : “ Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka, yang bahan-bahannya bkarnya ialah manusia dan batu (berhala). (Surah At-Tahrin : Ayat 6).

Walau bagaimanapun, setiap orang Islam hendaklah bersifat optimistik serta mengambil langkah-langkah yang positif dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Selain itu berbuat baik atas kebaikan yang disuruh oleh Allah iaitu memberikan nafkah kepada mereka, menunjuk ajar dan memimpin mereka ke arah jalan yang diredhai Allah, melarang mereka dari melakukan kejahatan dan sebagainya.

Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa sangat penting terhadap anak-anak untuk memastikan agar mereka beriman kepada Allah. Rasulullah SAW. bersabda :
“ Buatlah kebajikan kepada anak-anakmu! Sebagaimana ibu bapamu berhak
atasmu, maka begitu juga anakmu mempunyai hak atasmu “. (Hadis Riwayat Abu Umar ‘An-Nauqati dari Usman bin Affan).

Ibu bapa wajib memberi pendidikan dan pelajaran kepada anak-anak. Begitu juga dengan kasih sayang kepada mereka agar menjadi orang yang berguna kepada negara. Ibu bapa juga hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa
Kewajipan anak-anak ialah berbuat kebajikan kepada ibu bapa. Berbakti kepada ibu bapa bukanlah hanya ketika mereka masih hidup, bahkan ketika sudah meninggal. Cara untuk berbakti ialah dengan berdoa untuk kebahagian roh, menunaikan janji mereka dan sebagainya.

Tanggungjawab suami terhadap isteri
Kewajipan soerang suami ialah mengawal isterinya dengan baik dan adil terhadapnya kerana isteri adalah amanah Allah. Suami juga betanggungjawab memberi nafkah perbelanjaan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut kemampuan mereka. Selain itu, suami juga mestilah memberi didikan yang sempurna kepad isteri terutama dalam hal-hal fardu ‘ain.

Tanggungjawab isteri terhadap suami
Kewajipan isteri terhadap suami pula ialah taat dalam perkara yang tidak bertentangan dengan syarak. Isteri perlulah menjaga dan memelihara kesucian diri mereka setiap masa.


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP MASYARAKAT

Masyarakat memainkan peranan utama dalam pembentukan serta pembangunan ummah. Oleh itu di dalam mewujudkan masyarakat yang sejahtera, perlulah ada sifat tolong-menolong dan bertolak ansur sesama mereka.

Agama Islam telah menentukan peraturan dan cara-cara pergaulan serta tatatertib yang wajib dipatuhi. Tanggungjawab dan kewajipan setiap masyarakat terutamanya umat Islam ialah saling menyayangi, hormat-menghormati dan bekerjasama di antara ssatu sama lain.

Satu lagi tanggungjawab dan kewajipan setiap umat Islam khususnya ialah jangan mendengar berita-berita atau umpatan mengenai keburukan orang lain. Larangan Allah SWT. mengenai perkara di atas tersebut. Rasulullah SAW. bersabda : “ Tidak akan masuk syurga orang yang suka menyampaikan berita-berita buruk kepada yang lain “. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP NEGARA

Adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat supaya melindungi dan mempertahankan negara daripada musuh-musuh yang menyerang negara kita. Selain itu masyarakat juga berperanan dan bertanggungjawab mempertahankan musuh-musuh yang cuba meyelewengkan agama Islam.

Pemimpin negara adalah orang yang sangat penting dalam sesebauh negara untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Sebagai contoh tanggungjawab seoran pemimpin negara adalahmembela rakyat dengan meningkatkan taraf hidup. Misalnya pertanian, perdagangan, perindustrian dan sebagainya di mana rakyat mendapat sumber mencari rezeki yang luas.

Pemimpim juga bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat dengan mengadakan pasukan-pasukan keselamatan dan pertahanan yang sewajarnya.

Selain itu, pemimpin juga bertanggungjawab membekalkan ilmu pengetahuan yang secukupnya.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP ALAM

Alam semesta adalah sastu anugerah dari Allah pada setiap makhluk di muka bumi ini terutama sekali kepada manusia supaya dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

Manusia perlulah memelihara alam ini seperti menjaga tumbuhan, memelihara haiwan dengan baik dan sebagainya. Penebangan hutan yang berleluasa jika tidak dikawal akan menyebabkan kemusnahan alam seperti banjir, tanah rumtuh dan lain-lain lagi.

Manusia juga bertanggungjawab menghindarkan pencemaran alam seperti pencemaran bunyi, asap dan alam sekitar. Ini bertujuan untuk menjaga kesihatan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Sebagai kesimpulan bagi tajuk ini, bahawa semua lapisan masyarakat mempynuai peranan dan tanggungjawab tertentu yang mesti ditunaikan untuk memperolehi kesejahteraan hiduo di dunia dan akhirat. Setiap manusia yang lahir dan akan lahir di dunia ini, mereka sudah diletakkan tanggungjawab yang mesti ditunaikan, sama ada pengatur diri sendiri, ibu bapa, isteri, suami, anak, anggota masyarakat, pemimpin, guru dan sebagainya.


************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com