Proses Kejadian Manusia

Pendahuluan.
Perpandukan Al Quran jelas menerangkan tenteang proses kejadian manusia. Manusia juga diistilahkan sebagai basyar, bani Adam atau zuriyat Adam. Didalam Al-Quran manusia juga di sebut sebagai insane (mufrad) atau nas (jama)

Kejadian manusia menurut Al Quran.
Al-Quran memberi isyarat bahawa Allah mencipta manusia bergenerasi sebagai mana halnya di terangkan bahawa Allah akan mencipta suatu ketika (generasi) dimana belum pernah disebut dan belum pernah ada. Sejarah kejadian manusia di mulsi dari terciptanya bapa manusia iaitu Adam. Menurut keterangan Al-Quran Adam adalah pertama dari generasi manusia di mulai.
Adam, manusia pertama yang diciptakan oleh Allah di dunia ini, menurut sumber Al-Quran citaan Adam itu adalah dari tanah dan debu. Diterangkan juga terdapat 25 tempat di dalam Al-Quran menyatakan bahawa Nabi Adam di jadikan dari tanah antaranya surah al-Baqarah. dan contoh firman Allah yang bermaksud:

“Yang mencipta tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan di mulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati iaitu air (benih) yang sedikit dipandang orang. ” Al Sajdah (32) :7-8.

Antara tanah-tanah yang digunakan untuk menghasilkan Adam ialah:

Tanah bumi (tanah debu)

Adam di cipta padamulanya dengan peringkat pengumpulan tanah bumi dalam bentuk turab iaitu tanah yang berdebu. Allah menjelaskan proses kejadian itu sebagaiman firmanNya yang bermaksud :

“Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa di sisi Allh adalah seperti pencitaan Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah turab kemudian Allah berfirman kepadanya : Jadilah (seorang manusia) maka jadilah dia. ” Ali Imran (3) :59

Dari sebuah hadiht yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi Muhammad saw telah bersabda menceritakan tenteng proses kejadiaan Adam as pada peringkat ini iaitu :

*Manusia, siapa darimana dan kemana? –alih bahasa Dr Aisyah abdrurrahman 1982
“Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan Nabi Adam as daripada suatu gemgaman tanah yang telah di pungut dari serata pelusuk bumi. Sebab itu lah keturunan Nabi Adam as (di dapati kulit) berwarna menurt keadaan bumi, sebahagian mereka berwarna putih, sebahagiannya merah dan sebahagiannya hitam dan berwarna antara keduanya. Seterunya adanya buruk, yang baik, yang melegakan dan mendukacitakan dan (ada pula) bersifat antara keduanya. ”


Tanah liat

Disini Allah menyaringkan debu tanah tersebut untuk mendapatkan sari patinya dimana Allah mengambil satu bahagian yang benar-benar suci dan bersih. Dan seterusnya pati tanah itu di campurkan dengan air membentuk tanah liat (tin)
Firman Allah bermaksud:

“Dialah yang mencitpakan kamu daripad tanah (tin) ” al An’am (6) :2

Pada peringkat ini Adam dibiarkan seperti lembaga manusuia selama 40 tahun.

Tanah yang berbau


Peringkat ini juga mengambil masa selama 40 tahun. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering (sal sal) yang berasal daripada lumpur (hama’mas nun) yang memberi bentuk. ”
Al-Hijr (15) :26

Tanah yang keras

Pembentukan pada ketika ini merupakan struktur tanah yang keras seumpama tembikar (salsal ka al-fakhkhar) proses ini memakan masa selama 40 tahun. Oleh itu jumlah proses kejadian manusia ialah selama 120 tahun. Tetapi ketika itu roh masih belum di tiupkan kerana peringkat roh adalah peringkat yang terakhir.

Dia menciptakn manusia daripada tanah kering seperti tembikar. Al-Rahman (55) :14

Peniupan roh.

Allah telah menuipkan roh kedalam jasad Adam as sebaik saja selesai proses di atas. Dengan proses penuipan roh ini maka seselailah pembentukkan manusia (adam) dengan sempurnya sama ada secara fizikal atau rohani. Firman Allah bermaksud :

Maka apabila Aku sempurnakan kejadiannya dan aku tiupkan padanya roh (ciptaan) Ku. Maka tuduklah kamu kepadanya dengan bersujud padaNya (Allah).Al-Hijr (15) :29

Telah dinyatakan dalan Al-quran bahawa semua makluk Allah di jadikan berpasang-pasangan maka Adam juga mempunyai pasanganya iaitu Hawwa. Firman Allh yang bermaksud:

Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada tuhan yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanyalah Allah menciptakan isterinya san daripada kedua-duanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Al –Nisa (4) : 1


Kejadian anak Adam (bani Adam).

Kejadian bani Adam juga jelas di nyata di dalm Al-Quran dan juga hadiht Rasullulah saw. ia juga mempunya beberapa peringkat. Firman Allah yang bermaksud:

“Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dialah sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. ” Nuh (71) :13-14

Ini juga di jelaskan dalam ayat di bawah:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pada suatu saru pati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang di simpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan alaqah lalu alaqh itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulanh belulang, lalu tulang belulang itu Kami balut dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik” al-Mu’minun (23) :12-14

Berdasarkan ayat diatas dapat lah di susun peirngkat peringkat kejadian manusia seperti berikut:

 Nutfah
 Alaqah
 Izam dan lahm
 nasy’ah khalaqan akhar
 nafkhur-ruh

Nutfah

Pada peringkat pertama persenyawaan ianya di kenali sebagai nutfah. Peringkat ini perlakusetelah percampuran air mani.

Seperti firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada air mani yang bercampur (nutfah amsyaj) yangkami hendak mengujianya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat” al Insan (76) :2

Menurut Ibnu Jubair al Tabari, asal perkataan nutfah ialah nut yang bermaksud air yang sedikit yang terdapat di dalam bekas sama ada telaga dan sebagainya. Sementara itu perkataan amsyaj berasl dari perkataan amsyj yang bererti percampuran.

Daripada nutfah ini lah Allah menciptakan anggota-anggota yang lain, tingkah laku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan.

Alaqah

Pada peringkat ini ia berlaku pada hujung minggu yang pertama atau hari ketujuh. Pada hari ke tujuh telur yang sudah di senyawakan itu akan tertanam didinding rahim ibu itu lah yang baru dipanggil alaqah.

Firman Allah yang bermaksud
“Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah” al-Mu’minun (23) :14

Kebanyakkan para ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin diputuskan berdasarkan mata kasar. Alaqah sebenarnya adalah satu benda yang amat seni yang diliputi darah. Alaqah juga mempunyai erti lain antaranya:

і. Sesuatu yang bergantung dan melekat.
ii. pacat atau lintah
iii. ketulan darah

Peringkat ini adalah peringkat dalam minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.


Mudhghah
Peringkat ini berlaku pada minggu ke empat.

Firman Allah yang bermaksud:

“Lalu Kami ciptakan darah beku menjadi sekeul daging”al-Mu’minun (23) :14

Perkataan mudhghah di terjemahkan sebagai *2 seketul daging yang dikunyah atau sesuatau yang telah di gigit. Di dalam peringkat ini di sedut dalam dua bentuk, mudhghah mukhallaqah (yang sempurna) dan mudhghah ghair mukhallaqah (yang tidak sempurna). Cipta yang sempurna ialah ciptaan yang sempurna sifatnya pancaindera serta rupa parasnya dan di tetapkan di dalam rahim sehingga di lahirkan. Ciptaan yang tidak sempurna ialah ciptaan yang tidak bersifat atau di gugurkan.

*3Ketika peringkat ini juga sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu system pwernafasan juga telah terbentuk. Jantung juga sudah mula berdenyut, darah mula mengalir dan berlaku banyak perkembangan lain.

Izam dan lahm

Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ilah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukkan otot-otot. Apabilah tulang belulang telah bi bentuk otot-otot akan menbungkus rangka tersebut.

Firma Allah yand bermaksud:
“Lalu Kami (Allah) mengubahkan pla kepada mudhghah itu menjadi Izam dan kemudian membalutkan Izam itu dengan daging” al Mu’minun (23) :14

Pada hujung minggu ketujuh, terbentuk pula satu system yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usu, seluruh system saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Pada minggu kelapan, kesemuanya telah lengkap dan sempurna.

Nasya’ah Khalqan Akhar

Menjelang minggu kelapan terdapat berapa perkembangan lagi. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi telah memasuki peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya. Kukunya juga sudah mula tumbuh. Pada bulan keempat pembentukn uri menjadi cukup lengkap menjadikan baki pranetal bayi dalam kandunganhanya hanya untuk menyenpurnakan semua anggota yang sudah terbentuk. Walaupun perubahan tetap terbentuk tetapi dari segi saiz bayi itu sahaja.

Firman Allah bermaksud:
“Maha suci Allah, Tuhan yang mampu menciptakan manusia sebagai makhluk yang paling sempurna” al-Mu’minun (23) :14

Nafkhur-ruh

Imam al Ghazali membahagikan pengertian roh kepada dua iaitu:

i. Roh dilihat dari segi jasmani, ia merupakan sesuatu yang halus memancarkan cahaya hidup yang sempurna. Roh di umpakan sebagai cahaya yang menerangi ebuah rumah tetapi cahaya itu tidak dapat di taksirkan.

ii. roh dilihat sebagai urusan Allah semata-mata tidak boleh di tanggapi oleh akal manusia yang terbatas. Roh yang mewarisi sifat-sifat suci Allah dan sifat ini telah di warisi sebahagiannya kepada manusia.

Kelahiran

Secara normalnya selepas 9 bulan bayi didalam kandungan ibunya maka tibalah saat kelahiran ke alam dunia. Alam dunia atau alam selepa kelahiran bukanlah permulaan hidup bagi sebuah kehidupan seorang insan. Kehidupan seorang insan itu telah bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di dalam rahim ibu perkembangan bukan hanya pada fizikal sahaja tetapi juga telah mempunyai hubungan dengan Allah melalui satu ikatan kesaksian.

Ada juga pendapat yang menyangkal kenyataan di dalam Al Quran, antaranya ialah manusia itu sebenarnya berasal dari keturunan kera. Darwin adalah seorng saintis yang telah mengatakan manusia berasal dari kera. Jika kita berpandukan pada Al Quran asal usul keturunan kita adalah bermula dari Nabi Adam as.

Tetapi pendapat yang menyatakan manusia berasal dari kera adalah salah sama sekali. Ciri manusia yang berbeza dari kera telah di keluar sendiri oleh pengikut Darwin sendiri iaitu Huxley. Beliau menyatakan bahawa perbezaan antara manusia dan kera adalah amat besar antaranya dari segi tulang. Tulang kera dan manusia amat ketara kerana tidak terdapat bentuk-bentuk yang sama antara kera dan troglogdyte.

Troglodyte adalah makhluk prasejarah penghuni gua.

Dari segi genetic juga boleh di sangkal bahawa manusia itu berasal dari kera.

Bagi orang-orang yang tidak mengerti ilmu embriologi dan genetika, tidak mungkin mudah untuk nampak bahawa setiap induvidu manusia berasal dari perubahan perubahan yang terjadi pada gen-gen yang di berikan kepada induvidu baru itu oleh kromosom-kromosom yang di perturunkan dari ayah dan ibunya. Sebagaimana yang dinyatakan sebelumnya, satu pembahagian berlangsung dalam setiap warisan genetis yang diikuti satu penyatuan unsure-unsur yang berasal dari paruh masing-masing. Hal ini dengan cepat menimbulkan awal perubahan-perubahan morfologis selama kehamilan dan dengan demikian juga midifikasi-modifikasi fungsional yang muncul kemudian. Dengan demikian transfomasi-tranfomasi terus berlangsung setelah lahirnya bayi, melewati pertumbuhan masa kecil, hingga individu tersebut mencapai kedwasaan dan transfomansi-transfomasi tersebaut sepenuhnya sempurna.

Jika konsep ini tidak di fahami dengan betul maka kesalahan-kesalahn boleh terjadi berkenaan dengan gagasan orang-orang yang biasa berfikir bahawa ayat-ayat Al Quran yang dikutip dalam hal ini berkenaan hanya dengan perkembangan bayi di dalam rahim dan mengabaikan perkembangan morfoligi berikutan dari manusia itu. Itulah sebabnya kenapa penting untuk memasukan semua ayat-ayat Al Quran yang merujuk pada reproduksi manusia dalam studi kita mengenai bahagian-bahagian teks Al-Quran yang sejauh yang dapat saya lihat berhubung dengan transformasi-transfomasi bentuk manusia selama berabad-abad.

Untuk menjelaskan persoalan ini, saya ingin berikan contoh berkenaan dengan transfasi patologi yang terdiri atas satu kerosakan bawaan khususnya umum terdiri di antara kesalahan-kesalahan pembentukan manusia:
* iaitu mongolisme:
penemuan yang telah menunjukan bahawa hal ini di sebabkan oleh lipatan tia kromosom yang telah di beri nombor 21, yang darinya kerosakan tersebut mengambil nama Triosomi 21. Pada masa ini diketahui bahawa penyakit ini penyebabnya terletak pada gen-gen yang terkandung dalam kromosom dan bahawa kerosakan tersebut terjadi dengan frekuansi maksimum ketika ibu bayi berumur lebih dari 40 tahun.

Penyakit ini sering dikaitkan oleh sesetengah masyarat dengan sumpahan tetapi sebenarnya penyakit ini bukan sebab sumpahan atau di sebabkan keturunan manusia dari kera tetapi kerana kehendak Allah taala. Kita perlu percaya bahawa segala bentuk kejadian manusia adalah atas kehendak Allah seperti yang di terangkan melalui Al Quran dan bukan kerana makhluk-makhluk ghaib.
Modifikasi yang bermacam macam dalam diri manusia belaku mengikut pola yang sama. Proses tersebut bermula selama proses kehamilan sehinng peringkat kedewasaan. Dengan demikian selama generasi yang berturutan yang memisahkan Autralopitecus dari manusia moden (yang mencapai sepuluh ribu unit), masuk akallah untuk beranggapan bahawa tidak sedikit modofikasi yang terjadi dalam setia generasi yang secara bertahap tertumpuk hinggass menghasikan trandfomasi yang melahirkan manusia sebagaimana kita kenali sekanrang ini. Oleh yang demikian adalah mustahil, manusia adalah berasal daripada seekor binatang dan akhirnya berubah menjadi manusia yang semakin sempurna. Perkara ini memang sulit jika hendak di fikirkan tapi sekiranya kita merujuk kepada Al Quran pasti kita akan jumpa jawapan nya.

Mongolisme;seorang anak dilahirkan dengan tengkorak kepala yang pendek dan rata kedua mata sepet dan kelain kelain lain-asal usul manusia (Dr Bucaille Ma 1984)
Troglodyte adalah makhluk prasejarah penghuni gua.

RUJUKAN:

-Al Quran (terjemahan)

-Al Iman Abi Hamid Muhammad bin Muhammad Ghazali (1982) Hikmah Makhluk Allah
terjemahan, Penerbitan CV Toha Putra Semarang, Jakarta Indonesia.

-Dr Mohammad Thalib (1977) Manusia dalam pandangan islam Penerbit Bina Ilmu
Jakarta Indonesia.

-Dr Aisyah Abdurrahman Bintusy (1982) Manusia, siapa darimana dan kemana? Pernebit CV Toha Putra Semarang, Jakarta Indonesia.

-Dr Bucaille Ma (1984) Asal usul manusia menurut Al Quran dan Bibel, terjemahan, terbitan Mizan, Bandung Indonesia.

-Ali Issa Othman (1981) Manusia menurut Al Ghazali Perpustakaan Salman Institut Teknologi Bandung, Bandung Indonesia.




************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com